Majlis Pelancaran Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia peringkat negeri Perlis

Tanggal 23 April setiap tahun merupakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Setiap tahun PNM Perlis akan turut mengambil bahagian dalam mengadakan aktiviti sempena Hari Buku tersebut. Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia pada tahun ini, pelbagai program telah dirancang sebagai usaha untuk menyemarakkan Kempen Membaca Kebangsaan di kalangan pelbagai golongan masyarakat. Aktiviti ini perlu dilaksanakan secara berterusan untuk membolehkan masyarakat mengamalkan membaca sebagai satu gaya hidup.

Jesteru, PNM Perlis telah mengadakan program Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia pada 23 April 2012 bermula jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Syarahan, PANPs. Pelaksanaan program ini adalah sejajar dengan hasrat Perpustakaan Negara Malaysia untuk mengadakan program Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia serentak dengan semua perpustakaan awam negeri.

Seramai 200 jemputan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat umur seperti kanak-kanak tabika, ibu-bapa, guru, penjawat awam menyertai program ini. Pelbagai pengisian menarik sepanjang Majlis pelancaran Hari Buku seperti Let's Read Together, persembahan sajak, persembahan bercerita dari adik yang memenangi tempat pertama Pertandingan Bercerita Peringkat Kebangsaan, akitiviti I-Play Toy Library dan sebagainya.

Majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian sumbangan buku kepada pihak KEMAS. Sumbangan buku ini adalah dari pihak pembekal PNM Perlis dalam usaha untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia, PNM Perlis telah merancang beberapa aktiviti berikut di setiap rangkaian perpustakaan iaitu:
  • Pendafaran ahli perpustakaan percuma
  • Minggu bebas denda lewat pemulangan buku
  • Pameran buku terbaru
  • lain-lain aktiviti.

No comments: