LIGA SUKAN UNTUK SEMUA (LSUS) ANTARA KAKITANGAN AWAM NEGERI PERLIS


Kelab BAKERP akan sertai Liga Sukan Untuk Semua (LSUS) antara Kakitangan Awam Negeri Perlis anjuran Jabatan Belia & Sukan Ngeri Perlis. 

Tarikh : 20 & 21 Oktober 2014
Tempat  : Arena Futsal (Futsal Lelaki & Wanita)
              : Dewan Rakan Sukan, MASN (Sepak Takraw)
              : Gelanggan Terbuka, MSN (Bola Jaring)

Objektif diadakan program ini antaranya:
  1. Menggalakkan kakitangan Awam bersukan secara berterusan
  2. Membuktikan bahawa kakitangan juga mampu bersukan
  3. Membudayakan sukan di negeri Perlis
Kategori
  • Futsal (Kategori Terbuka Lelaki & Wanita) - 10 pemain termasuk simpanan dan pengurus
  • Bola Jaring  (Kategori  Wanita) - 10 pemain termasuk simpanan dan pengurus
  • Sepak Takraw (Kategori Terbuka Lelaki ) - 6 pemain termasuk simpanan dan pengurus
Hadiah yang ditawarkan:

  • Futsal Terbuka Lelaki
Johan         - RM800.00
Naib Johan - RM500.00
Ketiga        - RM300.00
Keempat    - RM200.00

  • Futsal TerbukaWanita / Bola Jaring / Sepak Takraw
Johan         - RM500.00
Naib Johan - RM300.00
Ketiga        - RM200.00
Keempat    - RM150.00



LATIHAN TAKRAW

















Pertandingan Pantun Terbuka Perlis (Peringkat Akhir)

Pertandingan Pantun Terbuka Perlis (Peringkat Akhir) dijalankan dengan jayanya pada 30 Sept 2014, 9.00 pg di Auditorium, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Pesta Pantun ini merupakan anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Perlis dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis. Sebanyak 8 kumpulan mengambil bahagian di peringkat saringan iaitu Geng Batu Kawi (NGO Kampung Batu Kawi dan Ahli BAKERP), Peralis dari Pejabat DYMM Tuanku Raja PErlis, Sanggar Mustika dari UiTM Arau, Anak Seni JPN Perlis dari Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Seri Kenangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Zamrud dari Kolej Jururarawat Masyarakat Negeri Perlis, Kumpulan dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan kumpulan Merak Pujangga dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Sebanyak 4 kumpulan berjaya ke Peringkat Akhir iaitu Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi NAsional, Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan UiTM Arau. Keputusan johan pertandingan disandang oleh Jabatan Pendidikan Negeri PErlis yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM2000.00 beserta sijil. Naib Johan disandang oleh UiTM Arau Perlis manakala tempat ke-3 Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis.


Para pelajar yang memberi sokongan

Para penonton di auditorium

persiapan pentas sebelum memulakan acara


Para peserta dari Merak Pujangga (Jab. Perpaduan Negara & Integarsi Nasional VS Peralis dari Pej. DYMM Tuanku Raja Perlis untuk penentuan tempat ke-3 dan ke-4


para peserta dari Anak seni JPN Perlis dari Jab. Pendidikan Negeri PErlis VS Saggar Mustika dari UiTM Arau untuk penentuan Johan dan Naib Johan



Bergambar bersama VIP semasa penerimaan hadiah

Kumpulan Anak Seni JPN Perlis muncul Juara bersama para penyokong



Kunpulan Geng Batu Kawi yang diwakili oleh Biro Tugas Khas iaitu Mohd Rizuwan Mat Radzi sebagai ketua kumpulan dan peserta Ridzuan Mat (Biro Sukan) menerima sijil penyertaan


Urus setia Pantun


sebahagian Urus setia pantun Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis






Geng Kg. Batu Kawi gegarkan Pesta Pantun Terbuka Perlis

Pada 23 September 2014, telah berlangsung dengan jayanya Program PMS : Pertandingan Pantun Terbuka Perlis 2014. Peringkat saringan telah diadakan pada 23 Sept 2014 dan peringkat akhir pada 30 September 2014. Program ini merupakan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis.

Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah diwakili oleh 4 peserta iaitu En. Ridzuan Mat (Biro Sukan), En. Mohd Ridzuwan Mat Radzi (Biro Tugas-Tugas Khas & ketua kumpulan), En. Muslim Saadan & Tengku Nazim Tg. Saminan. Peserta ini telah menamakan kumpulan mereka sebagai Geng Kg. Batu Kawi.

Untuk permulaan pertandingan, Geng Batu Kawi yang diwakili  3 peserta iaitu Ridzuan Mat, Tg. NAzim Tg. Saminan & En. Muslim Saadan bertemu dengan kumpulan peserta dari UiTM. Walaupun Geng Batu Kawi telah kalah mati dengan bermaruah di tangan peserta UiTM tetapi semangat berjuang tetap ada apabila Geng Batu Kawi telah menggegarkan Pesta Pantun di Auditorium dengan gelak tawa dan persembahan sempoi..semoga tahun depan kita ketemu lagi..













Sambutan Hari Kemerdekaan ke 57 Kontinjen Perpustakaan Awam diketuai oleh Biro Sukan BAKERP

Bertempat di Stadium Dato' Sheikh Ahmad berlangsungnya perarakan hari Kemerdekaan ke 57. Kontinjen Perpustakaan Awam Neegri PErlis diketuai oleh En. Masri Sidek, Biro Sukan Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan PErpustakaan Awam Neegri Perlis. Kontinjen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri PErlis diwakili oleh 50 orang kakitangan. Turut sertai adalah perarakan kenderaan jabatan yang diwakili oleh bas bergerak dari PErpustakaan Awam Negeri Perlis.













Hari Bertemu Pelanggan & Merdeka Raya


Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis dengan kerjasama Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi (BAKERP) telah menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan & Merdeka Raya. Program ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pengguna untuk bersemuka secara terus bagi berbincang dan memberi maklumbalas tentang perkhidmatan perpustakaan. Disamping itu, program ini menjadi saluran penyelesaian masalah pelanggan dan pengaduan awam berkonsepkan mesra pelanggan. 

Selain itu, ia bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan perpustakaan, pengunjung perpustakaan serta pihak agensi yang pernah berurusan dengan perpustakaan di dalam bulan sambutan Aildilfitri dan kemerdekaan. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya kaunter bertemu pelanggan, kempen daftar ahli percuma, pameran kemerdekaan, kuiz kemerdekan, jamuan hari raya, booth fotografi dan sebagainya.








Sumbangan kebajikan

BAKERP di bawah Biro Kebajikan & Sosial telah mengadakan kutipan derma kilat untuk diberikan kepada kakitangan perpustakaan yang memerlukan. Sumbangan ini bertujuan untuk menunjukkan rasa keprihatinan kakitangan perpustakaan kepada kakitangan yang lain. Selain itu, kakitangan turut memberi sumbangan berupa pakaian terpakai untuk diberikan kepada saudara seislam dari negara lain yang memerlukan. Kutipan ini merupakan acara tahunan pada Bulan Ramadhan.


En. Dahlan, Pengerusi Biro Kebajikan & Sosial mewakili BAKERP memberi sumbangan kebajikan kpd Pn. Suriati Othman, bekas ahli BAKERP dan pekerja PNMPerlis.

Bahan-bahan keperluan harian untuk disumbangkan

Sumbangan berupa baju untuk diberikan kepada golongan miskin



PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN “SEKUNTUM KENANGAN” SEMPENA PERSARAAN KETUA PENGARAH PNM

Kakitangan Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis yang diwakili seramai lebih kurang 25 orang kakitangan mengadakan persembahan tarian, nyanyian dan sketsa sempena Persaraan Ketua Pengarah PNM, Ybhgia Dato’ Raslin Abu Bakar. Persembahan yang berwarna warni dan meriah itu turut mendapat pujian dan penghargaan daripada kakitangan yang lain. Selamat bersara kepada Tuan Pengarah PNM dan tahniah kepada kakitangan PNMPerlis atas persembahan yang menarik!