Mesyuarat Agung BAKERP kali ke 13

Mesyuarat Agung BAKERP kali ke 13 dijalankan pada 26 Mei 2015. Setiap ahli yang hadir mendapat  hadiah berupa bekas makanan & minuman serta baju T shirt berkolar yang diberikan pada Majlis makan Malam.


Ceramah Agama “Keseimbangan Antara Kerjaya dan Ibadah

Ceramah agama bertajuk “Keseimbangan antara kerjaya dan rumah tangga” telah di disampaikan pleh YBhg. Ustaz Hashim Othman Al- hafiz dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis pada 26 Mei 2015. Beliau telah mengupas tajuk ini dengan berkesan menyuntik elemen humor dalam memberi pemahaman kepada peserta ceramah. Secara keseluruhannya ceramah ini memberi penerangan tentang mengimbangi kerjaya dan rumah tangga dan disulami dengan elemen islamik bagi menambah barakah dalam kedua- duanya.


Konvoi Amal Nur Kasih MadrasahTahfiz Taufiqillah

Konvoi Amal Nur Kasih Madrasah Tahfiz Taufiqillah pada 16 Mei 2015 diadakan bertujuan mengadakan kerja amal dan mengutip derma untuk mengisi tabung madrasah yang dihuni oleh pelajar fakir miskin dan anak yatim. Seramai 36 orang anak yatim diraikan menerusi program ini. Program ini diadakan di UUM Sintok. Perpustakaan Awam Negeri Perlis menerusi Biro Tugas-tugas Khas menyumbang goodies bag dan wang ihsan dari BAKERP.


Majlis Makan Malam BAKERP

Majlis Makan Malam Bakerp diadakan dengan jayanya pada 17 April 2015, 8.00 malam bertempat di Pekarangan Perpustakaan Awam Neegri Perlis. Sebanyak 80 orang kakitangan yang merupakan ahli BAKERP hadir memeriahkan. Tujuan diadakan majlis makan malam adalah untuk meraikan semua kakitangan yang bertungkus lumus dalam menjayakan  aktiviti perpustakaan terutamanya Karnival Buku Perlis. Tanpa sokongan dan kerjasama kakitangan, program yang dijalankan tidak akan berjaya. Sepanjang majlis tersebut turut diadakan bacaan doa kesyukuran, ucapan Yang Dipertua BAKERP, penyerahan tugas Yang Dipertua BAKERP kepada pemangku Yang Dipertua, cabutan bertuah, karaoke, majlis makan-makan dan sebagainya.















Hari Keluarga 2014 @ Gua Kelam Perlis

Alhamdulillah,

Hari Keluarga 2014 Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis berjalan dengan lancar. Hari Keluarga ini diadakan pada 1 Mac 2015 (Ahad) di Gua Kelam Perlis. Seramai 200 orang kakitangan serta keluarga hadir memeriahkan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat yang memeriahkan. Terima kasih kepada semua jawatankuasa yang membuat kerja bertungkus lumus menjayakan program ini. 

Terima kasih juga kepada ahli-ahli yang hadir memeriahkan. Sekiranya tiada toleransi dan kerjasama  antara dua pihak iaitu ajk dan ahli semuanya tidak akan berhasil. Pelbagai aktiviti diadakan pada hari tersebut seperti mewarna untuk anak-anak kakitangan, sukaneka, beriadah, cabutan bertuah, sambutan hari lahir, majlis penyampaian pertandingan boling dan sebagainya.