Program Merakyatkan Seni & Budaya (PMS) Komuniti 1 Malaysia Bersama Masyarakat Siam Perlis

Program Merakyatkan Seni & Budaya (PMS) Komuniti 1 Malaysia Bersama Masyarakat Siam Perlis diadakan pada 14 April 2012, 8 pagi bertempat di Kolej Latihan Kejururawatan Masyarakat, Behor Pulai, Kangar, Perlis. Majlis ini anjuran dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis dengan kerjasama dari Jabatan Penerangan Negeri Perlis,  Kraftangan Negeri Perlis dan Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis dan disokong oleh jabatan-jabatan kerajaan negeri Perlis, pertubuhan siam, NGO dan sebagainya. Majlis ini dihadiri oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan diiringi oleh Y.A.B Dato' Seri Dr. Md. Isa bin Sabu, Menteri Besar Perlis dan barisan ekco negeri Perlis yang lain.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti persembahan kebudayaan, jamuan makan 1 Malaysia, bantuan kepada penduduk miskin, warga emas serta ibu tunggal, majlis sambutan pesta air masyakat Siam, jualan makanan, demonstrasi masakan siam iaitu tom yam dan somtam betik, pameran dari pelbagai jabatan kerajaan dan sebagainya.

PNM Perlis dilantik sebagai urus setia permainan tradisional seperti dam aji, karom, batu tujuh (7), congkak dan tuju tin. Rata-rata masyakarat siam berasa kekok dan janggal dengan permainan tradisional masyarakat melayu. Melalui pertandingan ini, ia dapat memberi pendedahan kepada mereka tentang permainan tradisional melayu dan bagaimana ia dimainkan. Majlis penyampaian hadiah diadakan selepas selesai majlis perasmian dan makan tengah hari.

Selain itu, PNM Perlis turut dijemput untuk menyertai pameran jabatan. PNM Perlis mengadakan pameran rangkaian perpustakaan, pameran koleksi bahan perpustakaan seperti buku, majalah bahan sumber media dan permainan I-Play Toy Library.

No comments: