Pameran & Kempen Daftar Ahli @ SM Tengku Fauziah



PNM Perlis di bawah Skuad Promosi dengan kerjasama PD Lubuk Sireh dan PD Kaki Bukit telah mengadakan pameran dan kempen daftar ahli perpustakaan di SM Tengku Fauziah pada 28 Jun 2012 sempena sambutan Hari Kokurikulum peringkat sekolah. Program ini dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perlis.

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti jualan makanan, permainan tradisional dan sebagainya. Seperti biasa, sepanjang tahun pihak sekolah akan menjemput perpustakaan untuk mengadakan pameran dan aktiviti kepada pelajar. Oleh itu, Pelbagai aktiviti dijalankan untuk menarik minat pelajar menjadi ahli perpustakaan seperti sesi soal jawab, pameran koleksi buku perpustakaan, pameran rangkaian perpustakaan dan aktiviti jejak maklumat.


Workshop Community of Practice (COP)

Workshop Community of Practice (COP) diadakan pada 26-27 Jun 2012  dianjurkan oleh Paradigm dengan kerjasama PNMPerlis dan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Penyertaan adalah terbuka kepada semua kakitangan perpustakaan gunasama yang menggunakan sistem ILMU. Antara modul yang disampaikan adalah ceramah yang disampaikan oleh Pengarah Perpustakaan Pulau Pinang, perbincangan berkumpulan, pembentangan dalam kumpulan dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, bengkel COP ini membantu kakitangan perpustakaan menggunakan forum untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menyelesaikan masalah dan berkongsi pendapat tentang kerja seharian yang berkait rapat dengan penggunaan sistem ILMU.

Program Mekar Puisi


Program Mekar Puisi merupakan anjuran bersama Dewan Bahasa & Pustaka dan PNMPerlis dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perlis. Program ini dijalankan pada 23 Jun 2012 bertempat di Pekarangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Program ini merupakan suatu program Pendidikan dan apresiasi sastera yang bertujuan untuk memperkenalkan warisan puisi melayu tradisional kepada kanak-kanak khususnya pelajar sekolah rendah supaya mereka berminat untuk mengenali, menghayati dan mencintai puisi-puisi Melayu tradisional antaranya pantun, syair, gurindam, nazam dan seloka.

Objektif progrm Mekar Puisi:
  • Memperkenalkan puisi tradisional kepada kanak-kanak khususnya di bandar dan luar bandar
  • Memberikan bimbingan secara praktikal kepada kanak-kanak supaya mengenali dengan lebih dekat jenis-jenis lagu puisi tradisional yang mempunyai irama yang khusus dan melatih mereka untuk melagukan puisi-puisi melayu tradisional tersebut.
  • Memupuk minat sejak dari awal lagi terhadap puisi melayu tradisional bagi memelihara warisan budaya bangsa.

Program Seronoknya Membaca merupakan suatu aktiviti bercerita yang disampaikan melalui pelbagai teknik, sama ada terus daripada buku atau dalam bentuk persembahan bneka, teater, teknik tampalan, bercerita menggunakan pelbagai alat seperti tali, belon, buah-buahan, kraf tangan disampaikan oleh pencerita secara individu atau berkumpulan dengan iringan muzik. Melalui sesi bercerita ini kanak-kanak berpeluang mendengar cerita melalui pelbagai bentuk persembahan yang dapat dikaitkan dengan cerita daripada buku dengan harapan kanak-kanak ini akan berminat dan seronok dengan aktiviti membaca buku. segmen kuiz dan kraf tangan juga diadakan untuk menguji kefahaman dan penghayatan serta kemahiran tangan bagi meningkatkan skil psiko halus dalam diri kanak-kanak.

Objektif program Seronoknya Membaca
  • Memupuk minat kanak-kanak supaya mencintai buku bermula dari peringkat awal lagi supaya mereka dapat menguasai kosa kata sebanyak mungkin untuk menjadi modal insan yang berpengetahuan
  • Memperkenalkan bahan bacaan yang bermutu kepada kanak-kanak termasuk buku cerita terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka supaya kanak-kanak dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan melalui hasil pembacaan ke arah memperkukuh jati diri bangsa
  • Menyediakan ruang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi, berkongsi pengalaman kreatif dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan bagi mengambarkan penghayatan mereka terhadap sastera kanak-kanak.
Pelbagai pengisian menarik sepanjang program seperti Persembahan Boneka Kumpulan Bercerita Kelip-Kelip DBP bertajuk Si Taring Kecil,  kuiz, belajar puisi, aktiviti kraf tangan pelajar tabika dan penyampaian sijil. Acara ini bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengah hari. Program ini wajar diadakan setiap tahun untuk menarik minat masyarakat bukan sahaja para pelajar malah para pendidik dan ibu bapa supaya ianya tetap terpelihara dan tidak melupakan budaya dan warisan orang melayu yang kaya dengan puisi ini.


Festival Negeri Perlis @ Menara Kuala Lumpur

Kerajaan Negeri Perlis telah mengadakan Festival Negeri Perlis pada 7 hingga 14 Jun 2012 bertempat di Menara Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk mempromosikan budaya meliputi makanan, tarian, nyanyian, produk-produk tempatan dan tempat-tempat menarik negeri Perlis  kepada pelancong dalam dan luar negeri. Sememangnya Perlis memang mempunyai tempat-tempat menarik seperti Gua Kelam yang merupakan gua batu Kapur, ladang anggur, taman ular dan sebagainya.
PNMPerlis di bawah Skuad Promosi Perpustakaan diberi peranan untuk mengadakan pameran dan demonstrasi permainan tradisional negeri Perlis dan kebaya Perlis. Sebanyak 14 Permainan tradisional negeri Perlis diperkenalkan menerusi pameran dan demonstrasi seperti congkak, gasing, tudung lemonade, tuju kasut, tuju tin, tarik upih, wau, senapang beban, main guli, lompat getah, batu 7, main bilah, gulong kong, layang-layang, lumba kaki tempurung, tepuk getah, cakplong, sepak raga dan sebagainya.



Malam Perkhidmatan Awam 2012 : Persembahan yang superb!

Persembahan yang Superb dan lain dari yang lain. Itulah yang dapat diungkapkan untuk pasukan dikir barat Perpustakaan awam Negeri Perlis sempena Malam Perkhidmatan Awam 2012 yang turut dihadiri oleh D.Y.M.M Tuanku Raja Perlis dan D.Y.M.M Tuanku Raja Perempuan Perlis serta diiringi oleh D.Y.T.M Raja Muda Perlis serta D.Y.T.M Raja Perempuan Muda Perlis. Sebanyak 10 jabatan kerajaan negeri Perlis mempersembahan lakonan, tarian dan nyanyian bertemakan jenaka rama.

Perpustakaan Awam Negeri Perlis di bawah Biro Kebudayaan yang diwakili oleh seramai lebih kurang 40 orang kakitangan mengadakan persembahan dikir barat dan lakonan. Persembahan ini mendapat sambutan yang hangat walaupun perpustakaan merupakan kumpulan yang terakhir mengadakan persembahan kerana rata-rata hadirin yang hadir mula menunjukkan tanda-tanda bosan dan mengantuk kerana malam kian larut.

Persembahan superb dari perpustakaan mendapat pengiktirafan daripada hadirin yang hadir melalui tepukan yang gemuruh selepas akhir persembahan. Turut mendapat kejutan pada malam tersebut adalah perpustakaan diumumkan sebagai pemenang persembahan terbaik yang dipilih bersama 2 pasukan yang lain. Pengiktirafan ini diberikan sebagai suatu penghargaan kepada pasukan kerana menzahir persembahan baik dan kreatif selain memberi dorongan dan saingan kepada semua jabatan kerajaan untuk mengadakan pesembahan yang lebih baik di tahun hadapan. 

Diharap kemenangan dan pengiktiran ini dapat memberi suatu lonjakan kepada kakitangan perpustakaan yang lain untuk memberi sesuatu yang terbaik dalam segala tugasan yang diberikan. Selain itu, diharap dengan kemenangan ini dapat menghadiahkan suatu kenangan manis kepada Puan Pengarah iaitu Pn. Hajah Norma Mohd. Darus yang akan menamatkan perhidmatan pada tahun hadapan.

Terima kasih kepada Puan Pengarah kerana sokongan yang telah diberikan..