Foto kakitangan PPANPs 2017

Zon 5
Kakitangan Pengurusan


Kakitangan PPANPs





Pertandingan Woodball antara jabatan (MOTAC)

Pertandingan Woodball antara jabatan di bawah MOTAC diadakan pada 16 Februari 2017. Tahniah kepada Fadilah (tempat ke 3 kategori WANITA) dan En. Norzaidi Ismail (Tempat ke 5 kategori LELAKI).
5 orang peserta kakitangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis yang akan mewakili MOTAC dalam liga woodball:

1. Fadilah Zakaria
2. Norzaidi Ismail 
3. Khairunisa Baharom
4. En. Mohd Tarmizi Wahab
5. En. Dahlan Ismail

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian. 





Pertandingan Boling Tertutup BAKERP 2017

Pertandingan Boling Tertutup BAKERP 2017
Masa : 10.00 pagi - 1.00 tgh hari
Tarikh : 19 Februari 2017 (Ahad)
Tempat : Perlis Bowl, Kompleks Kayangan Square, Perlis

Pertandingan Boling Tertutup BAKERP telah berlangsung dengan lancar dan meriahnya di Perlis Bowl, Kompleks Kayangan Square, Perlis. Sebanyak 14 Kumpulan mengambil bahagian. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan lelaki 2 orang dan kakitangan wanita 2 orang. Peserta setiap kumpulan diadakan secara cabutan undian. Pertandingan ini merupakan anjuran Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis di bawah Biro Sukan. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang mengambil bahagian.

Berikut adalah keputusan pertandingan:

Ranking kumpulan di dalam carta
Jatuhan pin terbanyak


























Mesyuarat Agung BAKERP 2017

Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis akan diadakan seperti ketetapan berikut:


Tarikh : 9 Februari 2017 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi (pendaftaran), 9.00 pagi (mesyuarat)
Tempat : Auditorium, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Pakaian : Baju Batik Hijau dan tudung ungu (wanita), Baju batik hijau (lelaki). Sekiranya tiada, boleh memakai pakaian yang seakan warna.

Kehadiran adalah diwajibkan. Tq


Dokumentasi berkaitan (Sila klik) :






HARI KELUARGA BAKERP PPANPs

HARI KELUARGA BAKERP PPANPs
TARIKH : 21 JANUARI 2017 (SABTU)
MASA : 8.30 PAGI - 2.00 PTG
TEMPAT : GUA KELAM



Hari Keluarga BAKERP PPANPs telah berlangsung dengan meriah dan jayanya pada 21 Januari 2017, Sabtu jam 8.30 pagi bertempat di Taman Rekreasi, Gua Kelam. Seramai lebih kurang 200 orang menjayakan program ini. Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran peserta untuk cabutan bertuah, makan pagi dan ucapan alu-aluan  dari Yang Dipertua BAKERP.


Aktiviti diteruskan dengan sukaneka kanak-kanak dan dewasa. Sebanyak 5 aktiviti dijalankan bagi 2 kategori ini. Kanak-kanak bermain aktiviti karang getah, kutip coklat, semakin jauh semakin sayang dan kerusi muzik manakala kategori dewasa adalah kerusi muzik (Lelaki/Perempempuan), karang getah, semakin jauh semakin sayang dan bawa getah menggunakan straw. Turut dijalankan cabutan bertuah untuk semua ahli keluarga dan kakitangan yang hadir.


Jamuan makan tengah hari pada jam 12.00 tgh hari. Turut diadakan sambutan hari lahir kakitangan yang lahir pada bulan Januari-April. Aktiviti berahir dengan ucapan dari Puan Machita Othman, Pengarah PPANPs, penyampaian hadiah kepada para pemenang dan cabutan bertuah (utama) yang berupa barangan kaca, hamper, barangan lektrik dan basikal. Hadiah utama berupa basikal dimenangi oleh Puan Norliza Ismail. Tahniah diucapkan.,


Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua kakitangan dan keluarga yang hadir memeriahkan Hari Keluarga tersebut. Tanpa sokongan anda majlis tidak akan beerti. Terima kasih juga diucapkkan kepada Puan Pengarah, YDP BAKERP dan pegawai-pegawai dan kakitangan yang hadir memberi sokongan dan bertungkus lumus menjayakan Hari Keluarga. Terima kasih kepada jawatankuasa-jawatankuasa dan orang perseorangan yang bekerjasama melancar dan menjayakan Hari Keluarga ini. Sekalung penghargaan kepada Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis kerana membenarkan pihak kami mengadakan program hari keluarga di sini.



Kepada Jawatankuasa BAKERP sesi 2016/2018, tq very much..kipidap dongibap!..till next year, we will meet again sekiranya diberikan rezeki yang luas olehNya.