Lawatan Benchmark Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Ke Perpustakaan Awam Negeri Selangor

Seramai 40 orang kakitangan sertai lawatan ini pada 25 dan 26 April 2015. Peserta diberikan taklimat oleh pegawai bertugas iaitu En Norazhan Sahlan tentang Perpustakaan Awam Negeri Selangor. Peserta kemudian dibawa melawat ke bahagian dalam perpustakaan antaranya ialah Book Wall dan Koleksi Selangor.
Objektif lawatan adalah meninjau dan meneroka suasana pesta buku yang berskala besar, mendapatkan gambaran tentang konsep, aktiviti dan perlaksanaan pesta buku untuk diaplikasikan di perpustakaan negeri dan sesi pemilihan buku.
Faedah lawatan kepada kakitangan adalah perkongsian maklumat di Perpustakaan Awam Selangor seperti Perancangan perpustakaan, Kemudahan, Aktiviti dan Perkhidmatan, Prosedur perpustakaan, Teknologi dan gajet