Mesyuarat Agung BAKERP kali ke 14/2016


Salam,
Mesyuarat Agung Bakerp kali ke 14 tahun 2016

Tarikh: 16 Feb 2016 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi - 2.00 ptg (Pendaftaran 8.00 pg)
Tempat : Auditorium, Perbadananan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Kehadiran: 
Ahli Bakerp/kktgn PPANPs

✅Pendaftaran di pekarangan luar dewan
✅cenderahati utk ahli diberikan semasa pendaftaran
✅makan tengah hari disediakan
✅ kktgn tlibat kursus ketrampilan imej @ Dewan Warisan, sila ke kursus slps tamat mesy.
✅sila tepati masa kerana ada sesi pemilihan ajk baru
✅Sila bawa peralatan menulis (pen)

Lawatan sambil belajar ke Tammalang dan Pulau Koh Lipe Thailand

Lawatan sambil belajar ke Tammalang dan Pulau Koh Lipe Thailand telah diadakan pada 15,16 dan 17 Januari 2016. Sebanyak 7 orang kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis terlibat. Tujuan lawatan adalah untuk mengeratkan hubugan silaturrahim dan meninjau keindahan di negara luar.














Pembinaan gelanggang bola tampar

Pembinaan garisan gelanggang bola tampar di pekarangan belakang perpustakaan telah dilaksanakan. Kakitangan yang terlibat dalam pembinaan tersebut adalah En Masri, En. Dahlan, En. Husni Zaim, En. Wan Norasmizan dan En. Nazri. Dengan terlaksananya gelanggang bola tampar tersebut, kakitangan perpustakaan kini tiada halangan untuk bermain bola tampar untuk aktiviti riadah dan sebagai latihan.


Aktiviti Kecergasan gym setiap minggu

Aktiviti (gym) turut diadakan pada setiap minggu sepanjang tahun. Kakitangan lelaki yang berminat dialu-alukan.




Kayuhan Bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis

Melalui program ini, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs mengetuai progam  dengan mengayuh basikal bersama para pemimpin dan ketua-ketua jabatan negeri bertemu rakyat di serata kampung dengan memberi bantuan berupa hamper makanan dan wang zakat kepada asnaf-asnaf terlibat. Biro Sukan BAKERP turut terlibat.