Pelancaran Perpustakaan Desa Digital Negeri Perlis

Orang ramai adalah dijemput untuk menyertai Majlis Pelancaran Perpustakaan Desa Digital Negeri Perlis pada 17 Jun 2013 (Isnin), 8.30 pagi bertempat di Perpustakaan Desa Kg. Bongkok, Padang Lati Perlis. Majlis ini akan dirasmikan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis.

Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan seperti
  1. Pameran & Karnival ICT / Jualan buku, Al-Quran digital / jualan laptop / komputer, aksesori komputer / gajet
  2. Kaunter E Banking / Pembayaran bil online
  3. Pameran kerjaya / Pendaftaran Online Jobs Malaysia
  4. Ceramah Literasi Maklumat & Asas Internet
  5. Jejak Maklumat IT
  6. I-Play Toy Library


Ceramah Agama : Betulkah Solan Anda?

Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis di bawah Biro Pendidikan dan Lawatan telah mengadakan ceramah agama bertajuk 'Betulkah Solat Anda' pada 23 Mei 2013 (Khamis), 8.30 pagi di Dewan Syarahan, PNM Perlis. Penceramah Ustaz Abdullah Shafie.

KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN BOLING TERTUTUP PNM PERLIS

Telah berlangsung dengan jayanya pertandingan Boling Tertutup PNMPerlis yang diadakan pada 19 Mei 2013 (Ahad), 9.30 pagi di Perlis Bowl, Kangar, Perlis. Sebanyak 11 pasukan telah mengambil bahagian yang melibatkan 44 orang kakitangan PNM Perlis. Berikut adalah keputusan pertandingan:

KATEGORI KUMPULAN

JOHAN
Kump Tukaq (1404 mata)

NAIB JOHAN
Kump. Pasaraya (1322 mata)

TEMPAT KE TIGA
Kump. Mantop (1302 mata)

TEMPAT KE KE-EMPAT
Kump. ini Kalilah (1293)

TEMPAT KE KE-LIMA
Kump. ada ku kesah (1282)

TEMPAT KE KE-ENAM
Kump. bongkar (1271)

TEMPAT KE KE-TUJUH
Kump. pamm (1232) 

TEMPAT KE KE-LAPAN
Kump. tango (1188)

TEMPAT KE KE-SEMBILAN
Kump. layan jer (1170)

TEMPAT KE KE-SEPULUH
Kump. ubah (1093)

TEMPAT KE KE-SEBELAS
Kump. we chat (1070)

  • Pemain Terbaik Lelaki tahun 2013 disandang oleh En. Mohd Azman Ali (473 jatuhan pin)
  • Pemain Terbaik Wanita tahun 2013 disandang oleh Pn. Norliza Ismail (367 jatuhan pin)

Pertandingan Boling Tertutup PNM Perlis

Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis akan mengadakan Pertandingan Boling Tertutup PNM Perlis pada 19 Mei 2013, Ahad, 9.30 pagi bertempat di Perlis Bowl, Kangar, Perlis. Tujuan utama diadakan pertandingan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kakitangan perpustakaan dan mewujudkan persaingan yang sihat melalui semangat kesukanan.

 Sebanyak 11 pasukan akan bertanding pada tahun ini. Setiap pasukan mempunyai seramai 4 orang peserta yang ditentukan melalui undian cabutan nama yang diadakan pada 9 Mei 2013.

 Pada tahun lepas, pasukan yang diwakili oleh En. Ridzuan Mat, En. Azham Arif, Pn. Noor Hayati Hussin dan Cik Rosmiza Kamih muncul juara kumpulan, manakala jatuhan pin terbanyak (kategori lelaki) disandang oleh En. Ridzuan Mat dan jatuhan pin terbanyak (kategori wanita) disandang oleh Pn. Noor Hayati Hussin.

Pada tahun ini,  kumpulan manakah yang akan menjadi juara?..Adakah En. Ridzuan Mat & Pn. Noor Hayati Hussin akan mengekalkan kejuaraan perseorangan jatuhan pin yang terbanyak..turut memberi persaingan adalah En. Muhd Rizuwan Mat Radzi (MRMR) yang pernah menjadi jauara jatuhan pin terbanyak kategori lelaki tahun 2011.. kita saksikan pada 19 Mei 2013 nanti.

Setiap penyertaan akan memenangi pakej Lawatan & kursus ke Pulau Langkawi pada bln Jun 2013 nanti. Kita nantikan saat2 tersebut. (psssstttt kalu jadi p ler)

Berikut adalah senarai peserta di dalam kumpulan mengikut no. lane:

No. Lane 1 : Kump. Ada ku Kesah
  • Roslan Dohat
  • MRMR (Juara jatuhan pin terbanyak 2011 kategori Lelaki)
  • Noor Hayati Husin (Juara jatuhan pin terbanyak 2011 & 2012 kategori Wanita )
  • Sarina
No. Lane 2 : Kump. Pamm
  • Paktam (Wan Norasmizan)
  • Fauzi
  • Maktam (Rosmiza)
  • Melor
No. Lane 3 : Pasaraya
  • Meon
  • Wan Pauh (Juara jatuhan pin terbanyak 2012 kategori Lelaki)
  • Hafifah
  • Norwanie
No. Lane 4 : Kump. Ini Kalilah 'Bond)
  • Husaini
  • Zairi
  • Ramzahirah
  • Norlaila Che Said
No. Lane 5 : Kump Tukaq
  • Hanif Hatun
  • Azman Ali
  • Munirah
  • Hajar
No. Lane 6 : Kump. Mantop
  • Dahlan
  • Shukri
  • Zairina
  • Zarina
No. Lane 7 : Kump. Tanggo
  • Nazri
  • Norzaidi
  • Haizatul Afni
  • Suzilawati

No. Lane 8 : We Chat
  • Bedon
  • Masri
  • Siti Murni
  • Zamila
No. Lane 9 : Bongkar
  • Faizol
  • Mazlan
  • Fatin
  • Kak Ta Oran
No. Lane 10 : Ubah
  • JJ
  • Noraznam
  • Baizura
  • Kak Su
No. Lane 11:
  • Azham
  • Rashid
  • Liza
  • Rusmi

Program Jom Pi Perpustakaan @ PD Ulu Pauh & PD Titi Tok Bandar

PNMPerlis telah menjalankan "Program Jom Pi Perpustakaan" dengan jayanya pada 27 & 28 April 2013. Program ini telah berlangsung di dua lokasi yang berbeza iaitu Perpustakaan Desa Ulu Pauh pada 27 April dan Perpustakaan Desa Titi Tok Bandar pada 28 April 2013.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mempromosikan perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat setempat dan menggalakkan mereka datang ke perpustakaan seterusnya menanam amalan membaca di kalangan mereka. Pelbagai aktiviti menarik dirangka untuk menarik masyarakat setempat terutamanya golongan kanak-kanak, belia dan dewasa untuk hadir memeriahkan program tersebut antaranya:

Jom Pi Perpustakaan @ PD Ulu Pauh
  • Ceramah Pengurusan Jenazah
  • Bengkel Kek
  • Bengkel gubahan buah-buahan
  • Indoor games - Congkak, dam aji, karom, batu tujuh
  • Sukaneka - boling nyiur, kerusi muzik, masukkan air ke dalam botol dan sebagainya
  • Anugerah Ahli Paling Aktif kategori Kanak-kanak belia dan dewasa
  • Sudut Permainan ilmu - kuiz jejak maklumat, mewarna, puzzles, putar-putar ilmu, teka buku, cabutan bertuah
  • pameran e-pustaka
  • kempen daftar ahli perpustakaan percuma
  • Pemeriksaan kesihatan percuma
  • Anugerah Ahli Paling Aktif kategori Kanak-kanak belia dan dewasa

Jom Pi Perpustakaan @ PD Titi Tok Bandar
  • Sukaneka - Kerusi muzik, boling nyiur, basikal lambat, masukkan air ke dalam botol, sepak bola, semakin jauh semakin sayang dll
  • Pertandingan bola sepak berkain pelikat
  • Pertandingan mewarna kategori pelajar tabika
  • Sudut Permainan ilmu - kuiz jejak maklumat, mewarna, puzzles, putar-putar ilmu, celik jawi, cabutan bertuah
  • pameran e-pustaka
  • kempen daftar ahli perpustakaan percuma
  • Pemeriksaan kesihatan percuma
  • Anugerah Ahli Paling Aktif kategori Kanak-kanak belia dan dewasa
Di akhir program diadakan majlis perasmian penutupan oleh Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis iaitu Tn. Hj. Muhammad Hj. Harun. Turut diadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Program yang diadakan secara sederhana ini mendapat sambutan yang meriah dan luar jangkaan dari penduduk setempat. Ini bermakna bahawa perpustakaan berada dekat di hati masyarakat setempat..





Hari Buku Sedunia

PNM Perlis telah berjaya menjalankan program Hari Buku Sedunia 2013 pada 23 April 2013 bertempat di Perpustakaan Cawangan Kuala Perlis. Program ini dijalankan seawal jam 8.00 pagi dan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Dr. Md Isa Sabu. Program ini merupakan program yang diadakan setiap tahun oleh PNM Perlis. Antara objektif program ini adalah :
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai adanya hari untuk buku dan hak cipta Sedunia.
  • Memberi peluang kepada masyarakat untuk menjalankan aktiviti perbukuan.
  • Mengenali lebih ramai penulis buku tempatan terutamanya penulis buku negeri Perlis.
  • Menggalakkan penduduk negeri Perlis untuk datang ke perpustakaan dan sekaligus mempromosikan perkhidmatan perpustakaan
  • Menambah keahlian perpustakaan.
  • Menggalakkan semua lapisan masyarakat kearah minat membaca dan menambahkan ilmu pengetahuan
Pelbagai pengisian menarik sepanjang Hari Buku tersebut antaranya:
  • Ceramah Literasi Maklumat & Media dari Perpustakaan Negara Malaysia
  • Pertandingan Melukis Poster antara sekolah-sekolah Menengah negeri Perlis. Tema "Hari Buku Sedunia"
  • Majlis Perasmian "Hari Buku Sedunia" oleh YAB Menteri Besar Perlis
  • Mari Membaca Bersama
  • Sumbangan Buku
  • Pameran Buku Nadir, Pameran Buku Baru
  • Pertandingan & pameran struktur buku
  • Pertandingan gubahan hantaran kain tuala berbentuk buku
  • Sudut Permainan Ilmu
  • I-Play Toy Library
  • Pameran dari agansi kerajaan spt Bomba, JKJK, JKKP, Agensi Anti Dadah, Rejimen 504 Askar Wataniah, Pemeriksaan kesihatan dari LPPKN
  • Kempen daftar ahli percuma & kempen minggu bebas denda lewat pemulangan buku
Majlis berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Sekalung penghargaan kepada pihak yang memberi kerjasama erat spt:
  • Pejabat Menteri Besar Perlis
  • JKR
  • Jab. Pelajaran Negeri Perlis, Sek. Men. Keb. Kuala Perlis, sekolah-sekolah seluruh negeri Perlis
  • Jabatan kerajaan yang terlibat dengan aktiviti pameran spt Bomba, JKJR, JKKP, Agensi Anti Dadah, Rejimen 504 Askar Wataniah,  LPPKN
  • Kakitangan PNM Perlis 
  •  orang perseorang yang mejayakan Hari Buku Sedunia




Majlis Persaraan Puan Pengarah PNMPerlis

Majlis Persaraan Puan Hjh Norma Mohd Darus sebagai Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia telah diadakan pada 12 April 2013 (Jumaat), 3.00 petang bertempat di Hotel Serii Malaysia. Majlis yang diadakan bermulan jam 3.00 petang berjalan dengan lancar  dipengerusikan oleh En. Muslim Saadan. Ucapan penghargaan dan alu aluan disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad Hj Harun, Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perlis yang dilantik berkuatkuasa 9 April 2013 bagi menggantikan Pn. Hjh Norma Mohd Darus.. Majlis diteruskan dengan ucapan Puan Hjh Norma Mohd Darus, ucapan penghargaan daripada Pn. Machita Othman dan seterusnya ucapan penghargaan daripada ketua bahagian.
 
Menyingkap kembali sejarah perkembangan perpustakaan, Puan Hjh Norma merupakan orang pertama yang memegang jawatan Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Beliau telah banyak meyumbang kepada perkembangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis daripada sebuah bangunan pondok kayu kepada bangunan yang besar dan dilengkapi pelbagai kemudahan. Beliau juga turut menitik beratkan mengenai kejayaan perpustakaan dan kakitangan dalam pelbagai bidang seperti KIK, kebudayaan dan sebagainya. Pelbagai kejayaan telah dikecapi oleh PNM Perlis antaranya Johan KIK Perpustakaan Peringkat Kebangsaan, Johan Sukan JKPKPKK 2 tahun berturut-turut, Persembahan terbaik Malam Perkhidmatan Awam, Perpustakaan Terbaik bagi anugerah menjalankan aktiviti terbanyak dan sebagainya.
 
 Beliau turut menjaga kebajikan kakitangan PNM Perlis dengan menggalakkan kakitangan untuk menyertai ahli Puspanita di mana pelbagai kemudahan yang ditawarkan seperti bantuan kewangan, anak masuk U dan sebagainya.
 
Beliau yang telah berkhidmat sebagai Pengarah PNMPerlis selama 35 tahun menyeru kepada kakitangan PNMPerlis supaya lebih menjaga tingkah laku dan disiplin dalam memastikan PNM terus maju jaya. Beliau menyatakan PNMPerlis sentiasa di hati dan akan sentiasa memberi nasihat sekiranya diperlukan.
 
Turut diadakan sesi penyampaian hadiah daripada kakitangan PNMPerlis kepada Puan Hjh Norma Mohd Darus. Pada masa yang sama, Puan Hjh Norma turut menyumbangkan wang kepada Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi Negeri Perlis.
 
Di akhir majlis, semua kakitangan bergambar kenangan bersama Puan Hjh Norma Mohd Darus, Mantan Pengarah PNMPerlis. 'Jutaan Terima kasih Puan, Jasamu tetap kami kenang'
 


 

SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2013 & MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA KRISMAS


PNMPerlis telah dijemput oleh PNM untuk terlibat dalam aktiviti sempena Sambutan Ambang Tahun Baru 2013 dan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas pada
31 Dis 2012 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hadir pada majlis rumah terbuka Krismas  dan konsert ambang tahun baharu.

 Kepelbagaian acara di Dataran Merdeka itu dimulakan dengan Larian Tahun Baru 1Malaysia di mana seramai 5 orang kakitangan PNMPerlis menyertai larian tersenut.. PNMPerlis turut terlibat dalam aktiviti di khemah pameran seperti I-Play toy library, tulisan khat, permainan tradisional dan kuiz. Selain itu, PNMPerlis turut membantu PNM dalam  persiapan Majlis  Rumah Terbuka Malaysia Krismas.

 Malam kemuncak diadakan konsert artis ternama seperti Anuar Zain, Black, Fabolous Cat dan sebagainya. Pertunjukan bunga api diadakan pada jam 12 tgh malam.