Program Jom Pi Perpustakaan @ PD Ulu Pauh & PD Titi Tok Bandar

PNMPerlis telah menjalankan "Program Jom Pi Perpustakaan" dengan jayanya pada 27 & 28 April 2013. Program ini telah berlangsung di dua lokasi yang berbeza iaitu Perpustakaan Desa Ulu Pauh pada 27 April dan Perpustakaan Desa Titi Tok Bandar pada 28 April 2013.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mempromosikan perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat setempat dan menggalakkan mereka datang ke perpustakaan seterusnya menanam amalan membaca di kalangan mereka. Pelbagai aktiviti menarik dirangka untuk menarik masyarakat setempat terutamanya golongan kanak-kanak, belia dan dewasa untuk hadir memeriahkan program tersebut antaranya:

Jom Pi Perpustakaan @ PD Ulu Pauh
  • Ceramah Pengurusan Jenazah
  • Bengkel Kek
  • Bengkel gubahan buah-buahan
  • Indoor games - Congkak, dam aji, karom, batu tujuh
  • Sukaneka - boling nyiur, kerusi muzik, masukkan air ke dalam botol dan sebagainya
  • Anugerah Ahli Paling Aktif kategori Kanak-kanak belia dan dewasa
  • Sudut Permainan ilmu - kuiz jejak maklumat, mewarna, puzzles, putar-putar ilmu, teka buku, cabutan bertuah
  • pameran e-pustaka
  • kempen daftar ahli perpustakaan percuma
  • Pemeriksaan kesihatan percuma
  • Anugerah Ahli Paling Aktif kategori Kanak-kanak belia dan dewasa

Jom Pi Perpustakaan @ PD Titi Tok Bandar
  • Sukaneka - Kerusi muzik, boling nyiur, basikal lambat, masukkan air ke dalam botol, sepak bola, semakin jauh semakin sayang dll
  • Pertandingan bola sepak berkain pelikat
  • Pertandingan mewarna kategori pelajar tabika
  • Sudut Permainan ilmu - kuiz jejak maklumat, mewarna, puzzles, putar-putar ilmu, celik jawi, cabutan bertuah
  • pameran e-pustaka
  • kempen daftar ahli perpustakaan percuma
  • Pemeriksaan kesihatan percuma
  • Anugerah Ahli Paling Aktif kategori Kanak-kanak belia dan dewasa
Di akhir program diadakan majlis perasmian penutupan oleh Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis iaitu Tn. Hj. Muhammad Hj. Harun. Turut diadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Program yang diadakan secara sederhana ini mendapat sambutan yang meriah dan luar jangkaan dari penduduk setempat. Ini bermakna bahawa perpustakaan berada dekat di hati masyarakat setempat..





No comments: