Majlis Persaraan Puan Pengarah PNMPerlis

Majlis Persaraan Puan Hjh Norma Mohd Darus sebagai Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia telah diadakan pada 12 April 2013 (Jumaat), 3.00 petang bertempat di Hotel Serii Malaysia. Majlis yang diadakan bermulan jam 3.00 petang berjalan dengan lancar  dipengerusikan oleh En. Muslim Saadan. Ucapan penghargaan dan alu aluan disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad Hj Harun, Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perlis yang dilantik berkuatkuasa 9 April 2013 bagi menggantikan Pn. Hjh Norma Mohd Darus.. Majlis diteruskan dengan ucapan Puan Hjh Norma Mohd Darus, ucapan penghargaan daripada Pn. Machita Othman dan seterusnya ucapan penghargaan daripada ketua bahagian.
 
Menyingkap kembali sejarah perkembangan perpustakaan, Puan Hjh Norma merupakan orang pertama yang memegang jawatan Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Beliau telah banyak meyumbang kepada perkembangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis daripada sebuah bangunan pondok kayu kepada bangunan yang besar dan dilengkapi pelbagai kemudahan. Beliau juga turut menitik beratkan mengenai kejayaan perpustakaan dan kakitangan dalam pelbagai bidang seperti KIK, kebudayaan dan sebagainya. Pelbagai kejayaan telah dikecapi oleh PNM Perlis antaranya Johan KIK Perpustakaan Peringkat Kebangsaan, Johan Sukan JKPKPKK 2 tahun berturut-turut, Persembahan terbaik Malam Perkhidmatan Awam, Perpustakaan Terbaik bagi anugerah menjalankan aktiviti terbanyak dan sebagainya.
 
 Beliau turut menjaga kebajikan kakitangan PNM Perlis dengan menggalakkan kakitangan untuk menyertai ahli Puspanita di mana pelbagai kemudahan yang ditawarkan seperti bantuan kewangan, anak masuk U dan sebagainya.
 
Beliau yang telah berkhidmat sebagai Pengarah PNMPerlis selama 35 tahun menyeru kepada kakitangan PNMPerlis supaya lebih menjaga tingkah laku dan disiplin dalam memastikan PNM terus maju jaya. Beliau menyatakan PNMPerlis sentiasa di hati dan akan sentiasa memberi nasihat sekiranya diperlukan.
 
Turut diadakan sesi penyampaian hadiah daripada kakitangan PNMPerlis kepada Puan Hjh Norma Mohd Darus. Pada masa yang sama, Puan Hjh Norma turut menyumbangkan wang kepada Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi Negeri Perlis.
 
Di akhir majlis, semua kakitangan bergambar kenangan bersama Puan Hjh Norma Mohd Darus, Mantan Pengarah PNMPerlis. 'Jutaan Terima kasih Puan, Jasamu tetap kami kenang'
 


 

No comments: