Pelancaran Perpustakaan Desa Digital Negeri Perlis

Orang ramai adalah dijemput untuk menyertai Majlis Pelancaran Perpustakaan Desa Digital Negeri Perlis pada 17 Jun 2013 (Isnin), 8.30 pagi bertempat di Perpustakaan Desa Kg. Bongkok, Padang Lati Perlis. Majlis ini akan dirasmikan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis.

Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan seperti
  1. Pameran & Karnival ICT / Jualan buku, Al-Quran digital / jualan laptop / komputer, aksesori komputer / gajet
  2. Kaunter E Banking / Pembayaran bil online
  3. Pameran kerjaya / Pendaftaran Online Jobs Malaysia
  4. Ceramah Literasi Maklumat & Asas Internet
  5. Jejak Maklumat IT
  6. I-Play Toy Library