Majlis Makan Malam BAKERP 2012

Majlis Makan Malam bersama ahli BAKERP merupakan idea dan cetusan dari YDP BAKERP untuk meraikan ahli BAKERP yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti sepanjang tahun 2011 dan Pesta Buku Perlis 2012. Majlis Makan Malam ini diadakan di Ocean Glow, Hotel Putra Brasmana pada 13 April 2012, 8.00 malam. Acara ini mendapat sambutan yang amat baik dari kalangan ahli walaupun terdapat ura-ura mengatakan bahawa akan berlaku tsunami di Pantai Kuala Perlis dan orang ramai diminta berjaga-jaga berikutan terjadinya gempa bumi di Aceh baru-baru ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Rashid Haron, ucapan aluan dari YDP BAKERP yang banyak menyentuh mengenai peralihan kuasa di dalam BAKERP semasa mesyuarat agung yang akan diadakan tidak lama lagi. Beliau berharap adanya penganti beliau bagi menerajui BAKERP memandangkan beliau akan bersara tidak lama lagi. Beliau berharap jawatan tersebut akan diisi oleh Pn. Machita Othman yang berpengalaman luas dalam kepimpinan.Ini dapat dilihat melalui kepimpinan Pn. Machita Othman yang merupakan orang ke-3 terpenting di dalam perpustakaan. Selain itu, beliau turut mengalu-alukan Pn. Hjh. Norma Mohd Darus yang kembali berkhidmat selepas bersara dari jawatan Pengarah pada tahun 2011.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Pn. Hjh Norma Mohd Darus, Pengarah PNM Negeri Perlis selaku penasihat Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, PPANPs. Makan malam Barbeque bermula selepas ucapan dari Puan Pengarah tersebut.

Majlis diserikan oleh penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada setiap ahli yang hadir pada malam tersebut. Majlis diselang selikan dengan persembahan karaoke ahli BAKERP terpilih yang dibahagikan mengikut zon-zon.

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan Boling Tertutup BAKERP 2012 dan pertandingan Badminton Tertutup BAKERP 2012. Diharap majlis ini dapat memberi manfaat yang baik kepada ahli BAKERP dengan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

No comments: