PNM Perlis melalui Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, PANPs telah menyertai Karnival Sukan antara Kakitangan Awam Negeri Perlis yang telah berlangsung pada 9-10 Februari 2012. Karnival sukan ini diadakan bertujuan untuk membina perpaduan, muhibah dan menjalinkan ukhuwah yang erat di kalangan kakitangan Awam Negeri Perlis. Pelbagai acara dipertandingkan seperti kontinjen terbaik, lawan lari kaki tempurung, permainan tradisional, tarik tali, badminton, futsal dan bola jarring. PNM Perlis layak ke pertandingan separuh akhr pertandingan badminton berpasukan manakala tempat ke-4 batu selambut (Batu &). Melalui sukan ini, ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan kerajaan negeri Perlis dan membudayakan kehidupan sihat melalui aktiviti sukan.
Pesta Buku Perlis 2012
Pesta Buku Perlis 2012
Tarikh : 23 - 27 Februari 2012
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
Tampat : Pekarangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Maklumat lanjut :
Sila klik Pesta Buku Perlis
Tarikh : 23 - 27 Februari 2012
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
Tampat : Pekarangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Maklumat lanjut :
Sila klik Pesta Buku Perlis
Bengkel Ilmu Admin & User Training
PNM Perlis telah mengadakan bengkel Ilmu Admin & User Training kepada kakitangannya yang terdiri daripada penolong pegawai, pegawai IT, pegawai di Perpustakaan cawangan dan Pekan. Bengkel ini dijalankan pada 16 hingga 20 Januari 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Bengkel ini bertujuan mendedahkan kepada peserta tentang modul-modul yang terdapat di dalam system ILMU serta cara penggunaannya yang berfungsi melaksanakan pelbagai tugasan perpustakaan dengan lebih berkesan.Sistem ini mula digunakan pada tahun 2012. Melalui sistem ILMU,terdapat pangkalan data yang dikenali sebagai Online Public Access Catalog (OPAC) atau kalog Umum Atas talian. Peserta juga didedahkan dengan WebOPAC bertujuan memudahkan pengguna membuat pencarian bahan di dalam simpanan dengan lebih cepat dan mudah. Sistem ILMU ini menggantikan sistem SLS yang digunapakai selama beberapa tahun dahulu.
KEM PINK 2012
Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah Berjaya menganjurkan satu program yang di namakan Kem Pembangunan Insan Nadi Kecemerlangan 2012 ( KEM PINK 2012) pada 13-15 Januari 2012 bertempat di Timah Tasoh Lake Resort . Program julung kali diadakan ini bagi mengeisi kalendar Program Galakan Membaca 2012 yang telah melibatkan peserta bagi mewakili Perpustakaan Pusat, Perpustakaan Cawangan, Perpustakaan Pekan dan Perpustakaan Desa. KEM PINK 2012 merupakan program ilmu yang disediakan khas kepada golongan belia yang memfokuskan kepelbagaian gaya hidup berlandaskan pembudayaan kepada nilai – nilai murni dalam kehidupan seharian.
Objektif penganjuran program ini adalah bagi meningkatkan motivasi peserta dalam menghadapi pelbagai cabaran yang bakal mendatang di samping mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan Awam Negei Perlis sebagai salah satu pusat maklumat. Selain itu, program ini dapat memperkenalkan kepada peserta tentang teknik – teknik dan cara belajar yang berkesan serta mendidik peserta tentang semangat cintakan negara, membentuk jati diri dan mengekalkan semnagat perpaduan dalam kalangan peserta dan urus setia serta mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Antara pengisian program sepanjang bengkel adalah motivasi diri dari En. Ayub b. Ahmad, Ketua Unit HEM, Jab. Pelajaran Perlis, Literasi Maklumat dari Pn Zuliana bt. Ab. Rashiddan Cik Hasnan bt Mamat@ Ahmad Shazili, Perpustakaan Negara Malaysia, Teknik belajar Berkesan dari En Hamidi b. Mat Saat, Jabatan Pelajaran Perlis., Obstacle Course dari SUR Group Advance, Kenegaraan dari En. Mohamed Lokman b. Mahmud dari Pengarah Jabatan Penerangan Perlis, malam budaya dan kecergasan.
Ceritera Program Merakyatkan Seni & Budaya Komuniti 1 Malaysia : Rumah Terbuka Aidilfitri
Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya program Merakyatkan Seni & Budaya Komuniti 1 Malaysia : Rumah Terbuka Aildilfitri pada 21 & 22 September 2011, 10.00 pagi di Padang Awam, Kampung Baru Sungai Serai, Jln Kilang Gula, Chuping. Sambutan dari penduduk kampung dan orang ramai amatlah meriah sekali dan dengan kehadiran artis jemputan seperti Maidin. Visvanathan dan adik Nurul Hadina. Program ini adalah anjuran Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Negeri Perlis dan dengan kerjasama KPKK dan kerajaan Negeri Perlis.
Bagi memeriahkan program perpustakaan turut terlibat dalam menganjurkan aktiviti sampingan sepanjang program berlangsung seperti Pertandingan Karaoke Lagu Raya, Pertandingan Menganyam Ketupat Palas, Pertandingan Gubahan Kuih dan Pertandingan Teka Bahulu. Alhamdulilah segala aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan jayanya walaupun pelbagai cabaran dan dugaan melanda sepanjang program tersebut. Berikut adalah ceritera sepanjang aktiviti dilangsungkan :
1) Selut...oooo Seluitttt
Kami tidak dapat melawan proses alam semulajadi apabila program ini dijalankan pada musim hujan yang tidak menentu. Akibatnya program yang dijalankan di padang bola menjadi lecah dan basah dengan takungan air hujan di atas padang. Keadaan menjadi lebih sukar apabila tanah tersebut bercampur dengan air menjadi selut..(org Perlis memanggil seluit dan bukannya selulit yer). Pelbagai ragam orang untuk mengatasi masalah selut tersebut dengan memakai kasut bot. Jadi sesiapa yang tiada kasut bot terpaksalah mengeluarkan duit lebih untuk membeli kasut bot dengan harga RM25, ada juga yang berkaki ayam, ada juga yang memakai kasut selipar..yang menjadi masalahnya, tali kasut selipar pun tercabut kerana masalah selut nih..
Bagi mengatasi masalah ini, pihak penganjur telah menyediakan titi dengan menggunakan platform bagi menghubungkan orang ramai ke khemah dan pentas utama. Selain dari itu, pasir ditambun di tempat berair bagi memudahkan orang ramai lalu lalang.
2) Pertandingan Karaoke
Pertandingan Karaoke telah berlangsung dengan jayanya walaupun pelbagai cabaran diharungi. Sebanyak 14 peserta mengambil bahagian di dalam pertandingan tersebut. Walaupun begitu, masih ramai penduduk kampung yang berminat menyertai pertandingan ini tetapi tidak menepati syarat yang ditetapkan kerana satu kampung hendaklah diwakili hanya seorang peserta sahaja. Saringan karaoke diadakan pada 21 September pada jam 2.00 petang tetapi ditukar masa ke jam 10.00 pagi untuk membolehkan pihak penganjur menjalankan rehearsal pada sebelah petang.
Masalah telah berlaku apabila sehingga jam 10.00 pagi, Peralatan sistem audio masih lagi tergendala dan masih belum siap terpasang dengan sepenuhnya, peserta karaoke masih lagi tidak mencukupi (ini kerana setengah peserta beranggapan pertandingan bermula pada jam 2.00 ptg, ada yang tidak membawa CD karaoke dan sehingga jam 11.00 pagi pihak juri masih lagi tidak kelihatan. Setelah perbincangan, pihak pertandingan karaoke bersetuju sekiranya peserta kurang dari 10 orang pertandingan akan dijalankan pada keesokkan harinya. Setelah jam menunjukkan ke pukul 12 tengah hari, penyertaan peserta karaoke makin meningkat manakala sistem audio pun sudah terpasang dan berfungsi, juri karaoke yang masih lagi tidak kelihatan pun sudah dihubungi untuk datang membolehkan pertandingan berlangsung pada hari tersebut juga. Alhamdulillah. pertandingan karaoke berlangsung sehingga tamat pada jam 3.00 ptg membolehkan pihak penganjur menjalankan rehearsal persembahan. Keesokkan harinya, Pertandingan Akhir Karaoke berjalan dengan jayanya walaupun terdapat masalah dengan ketidak hadiran orang kuat kami iaitu En. Muslim Saadan (anaknya terlibat dengan kes kecurian) dan En. Ridzuan Mat (terlibat pameran inovasi). Terima kasih kepada semua yang sudi membantu sehingga program dijalankan dengan jayanya..
Hadiah ooo..Hadiah
Penyampaian hadiah telah berlangsung dengan jayanya tetapi malangnya ada sebahagian pemenang tidak diumum oleh pihak Penganjur. Bagi menyelesaikan masalah, pihak urus setia mengambil jalan penyelesaian dengan menghubungi setiap pemenang untuk mengambil hadiah masing-masing dan selain dari itu pihak urus setia turut menghantar hadiah terus ke rumah pemenang..
Kesimpulannya, Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kakitangan perpustakaan yang bertungkus lumus berusaha untuk merealisakan kejayaan dalam menjalankan program. Sesungguhnya, ujian yang mendatang mendewasakan kita dan kita harus bijak menyelasaikan malasa dan bertindak mengikut keadaan. Jangan biarkan masalah membelenggu diri kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)










