KEM PINK 2012


Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah Berjaya menganjurkan satu program yang di namakan Kem Pembangunan Insan Nadi Kecemerlangan 2012 ( KEM PINK 2012) pada 13-15 Januari 2012 bertempat di Timah Tasoh Lake Resort . Program julung kali diadakan ini bagi mengeisi kalendar Program Galakan Membaca 2012 yang telah melibatkan peserta bagi mewakili Perpustakaan Pusat, Perpustakaan Cawangan, Perpustakaan Pekan dan Perpustakaan Desa. KEM PINK 2012 merupakan program ilmu yang disediakan khas kepada golongan belia yang memfokuskan kepelbagaian gaya hidup berlandaskan pembudayaan kepada nilai – nilai murni dalam kehidupan seharian.

Objektif penganjuran program ini adalah bagi meningkatkan motivasi peserta dalam menghadapi pelbagai cabaran yang bakal mendatang di samping mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan Awam Negei Perlis sebagai salah satu pusat maklumat. Selain itu, program ini dapat memperkenalkan kepada peserta tentang teknik – teknik dan cara belajar yang berkesan serta mendidik peserta tentang semangat cintakan negara, membentuk jati diri dan mengekalkan semnagat perpaduan dalam kalangan peserta dan urus setia serta mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Antara pengisian program sepanjang bengkel adalah motivasi diri dari En. Ayub b. Ahmad, Ketua Unit HEM, Jab. Pelajaran Perlis, Literasi Maklumat dari Pn Zuliana bt. Ab. Rashiddan Cik Hasnan bt Mamat@ Ahmad Shazili, Perpustakaan Negara Malaysia, Teknik belajar Berkesan dari En Hamidi b. Mat Saat, Jabatan Pelajaran Perlis., Obstacle Course dari SUR Group Advance, Kenegaraan dari En. Mohamed Lokman b. Mahmud dari Pengarah Jabatan Penerangan Perlis, malam budaya dan kecergasan.





No comments: