Ceritera Program Merakyatkan Seni & Budaya Komuniti 1 Malaysia : Rumah Terbuka Aidilfitri

Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya program Merakyatkan Seni & Budaya Komuniti 1 Malaysia : Rumah Terbuka Aildilfitri pada 21 & 22 September 2011, 10.00 pagi di Padang Awam, Kampung Baru Sungai Serai, Jln Kilang Gula, Chuping. Sambutan dari penduduk kampung dan orang ramai amatlah meriah sekali dan dengan kehadiran artis jemputan seperti Maidin. Visvanathan dan adik Nurul Hadina. Program ini adalah anjuran Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Negeri Perlis dan dengan kerjasama KPKK dan kerajaan Negeri Perlis.



Bagi memeriahkan program perpustakaan turut terlibat dalam menganjurkan aktiviti sampingan sepanjang program berlangsung seperti Pertandingan Karaoke Lagu Raya, Pertandingan Menganyam Ketupat Palas, Pertandingan Gubahan Kuih dan Pertandingan Teka Bahulu. Alhamdulilah segala aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan jayanya walaupun pelbagai cabaran dan dugaan melanda sepanjang program tersebut. Berikut adalah ceritera sepanjang aktiviti dilangsungkan :

1) Selut...oooo Seluitttt
Kami tidak dapat melawan proses alam semulajadi apabila program ini dijalankan pada musim hujan yang tidak menentu. Akibatnya program yang dijalankan di padang bola menjadi lecah dan basah dengan takungan air hujan di atas padang. Keadaan menjadi lebih sukar apabila tanah tersebut bercampur dengan air menjadi selut..(org Perlis memanggil seluit dan bukannya selulit yer). Pelbagai ragam orang untuk mengatasi masalah selut tersebut dengan memakai kasut bot. Jadi sesiapa yang tiada kasut bot terpaksalah mengeluarkan duit lebih untuk membeli kasut bot dengan harga RM25, ada juga yang berkaki ayam, ada juga yang memakai kasut selipar..yang menjadi masalahnya, tali kasut selipar pun tercabut kerana masalah selut nih..
Bagi mengatasi masalah ini, pihak penganjur telah menyediakan titi dengan menggunakan platform bagi menghubungkan orang ramai ke khemah dan pentas utama. Selain dari itu, pasir ditambun di tempat berair bagi memudahkan orang ramai lalu lalang.

2) Pertandingan Karaoke
Pertandingan Karaoke telah berlangsung dengan jayanya walaupun pelbagai cabaran diharungi. Sebanyak 14 peserta mengambil bahagian di dalam pertandingan tersebut. Walaupun begitu, masih ramai penduduk kampung yang berminat menyertai pertandingan ini tetapi tidak menepati syarat yang ditetapkan kerana satu kampung hendaklah diwakili hanya seorang peserta sahaja. Saringan karaoke diadakan pada 21 September pada jam 2.00 petang tetapi ditukar masa ke jam 10.00 pagi untuk membolehkan pihak penganjur menjalankan rehearsal pada sebelah petang. 

Masalah telah berlaku apabila sehingga jam 10.00 pagi, Peralatan sistem audio masih lagi tergendala dan masih belum siap terpasang dengan sepenuhnya, peserta karaoke masih lagi tidak mencukupi (ini kerana setengah peserta beranggapan pertandingan bermula pada jam 2.00 ptg, ada yang tidak membawa CD karaoke dan sehingga jam 11.00 pagi pihak juri masih lagi tidak kelihatan. Setelah perbincangan, pihak pertandingan karaoke bersetuju sekiranya peserta kurang dari 10 orang pertandingan akan dijalankan pada keesokkan harinya. Setelah jam menunjukkan ke pukul 12 tengah hari, penyertaan peserta karaoke makin meningkat manakala sistem audio pun sudah terpasang dan berfungsi, juri karaoke yang masih lagi tidak kelihatan pun sudah dihubungi untuk datang membolehkan pertandingan berlangsung pada hari tersebut juga. Alhamdulillah. pertandingan karaoke berlangsung sehingga tamat pada jam 3.00 ptg membolehkan pihak penganjur menjalankan rehearsal persembahan. Keesokkan harinya, Pertandingan Akhir Karaoke berjalan dengan jayanya walaupun terdapat masalah dengan ketidak hadiran orang kuat kami iaitu En. Muslim Saadan (anaknya terlibat dengan kes kecurian) dan En. Ridzuan Mat (terlibat pameran inovasi). Terima kasih kepada semua yang sudi membantu sehingga program dijalankan dengan jayanya..

Hadiah ooo..Hadiah
Penyampaian hadiah telah berlangsung dengan jayanya tetapi malangnya ada sebahagian pemenang tidak diumum oleh pihak Penganjur. Bagi menyelesaikan masalah, pihak urus setia mengambil jalan penyelesaian dengan menghubungi setiap pemenang untuk mengambil hadiah masing-masing dan selain dari itu pihak urus setia turut menghantar hadiah terus ke rumah pemenang.. 

Kesimpulannya,  Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kakitangan perpustakaan yang bertungkus lumus berusaha untuk merealisakan kejayaan dalam menjalankan program. Sesungguhnya, ujian yang mendatang mendewasakan kita dan kita harus bijak menyelasaikan malasa dan bertindak mengikut keadaan. Jangan biarkan masalah membelenggu diri kita.

No comments: