Bengkel Ilmu Admin & User Training


PNM Perlis telah mengadakan bengkel Ilmu Admin & User Training  kepada kakitangannya yang terdiri daripada penolong pegawai, pegawai IT,  pegawai di Perpustakaan cawangan dan Pekan. Bengkel ini dijalankan pada 16 hingga 20 Januari 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.  Bengkel ini  bertujuan mendedahkan kepada peserta tentang modul-modul yang terdapat di dalam system ILMU serta cara penggunaannya yang berfungsi melaksanakan pelbagai tugasan perpustakaan dengan lebih berkesan.Sistem ini mula digunakan pada tahun 2012. Melalui sistem ILMU,terdapat pangkalan data yang dikenali sebagai Online Public Access Catalog (OPAC) atau kalog Umum Atas talian. Peserta juga didedahkan dengan WebOPAC bertujuan memudahkan pengguna membuat pencarian bahan di dalam simpanan dengan lebih cepat dan mudah. Sistem ILMU ini menggantikan sistem SLS yang digunapakai selama beberapa tahun dahulu.

No comments: