Majlis Pelancaran Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia peringkat negeri Perlis

Tanggal 23 April setiap tahun merupakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Setiap tahun PNM Perlis akan turut mengambil bahagian dalam mengadakan aktiviti sempena Hari Buku tersebut. Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia pada tahun ini, pelbagai program telah dirancang sebagai usaha untuk menyemarakkan Kempen Membaca Kebangsaan di kalangan pelbagai golongan masyarakat. Aktiviti ini perlu dilaksanakan secara berterusan untuk membolehkan masyarakat mengamalkan membaca sebagai satu gaya hidup.

Jesteru, PNM Perlis telah mengadakan program Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia pada 23 April 2012 bermula jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Syarahan, PANPs. Pelaksanaan program ini adalah sejajar dengan hasrat Perpustakaan Negara Malaysia untuk mengadakan program Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia serentak dengan semua perpustakaan awam negeri.

Seramai 200 jemputan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat umur seperti kanak-kanak tabika, ibu-bapa, guru, penjawat awam menyertai program ini. Pelbagai pengisian menarik sepanjang Majlis pelancaran Hari Buku seperti Let's Read Together, persembahan sajak, persembahan bercerita dari adik yang memenangi tempat pertama Pertandingan Bercerita Peringkat Kebangsaan, akitiviti I-Play Toy Library dan sebagainya.

Majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian sumbangan buku kepada pihak KEMAS. Sumbangan buku ini adalah dari pihak pembekal PNM Perlis dalam usaha untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia, PNM Perlis telah merancang beberapa aktiviti berikut di setiap rangkaian perpustakaan iaitu:
  • Pendafaran ahli perpustakaan percuma
  • Minggu bebas denda lewat pemulangan buku
  • Pameran buku terbaru
  • lain-lain aktiviti.

Program Merakyatkan Seni & Budaya (PMS) Komuniti 1 Malaysia Bersama Masyarakat Siam Perlis

Program Merakyatkan Seni & Budaya (PMS) Komuniti 1 Malaysia Bersama Masyarakat Siam Perlis diadakan pada 14 April 2012, 8 pagi bertempat di Kolej Latihan Kejururawatan Masyarakat, Behor Pulai, Kangar, Perlis. Majlis ini anjuran dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis dengan kerjasama dari Jabatan Penerangan Negeri Perlis,  Kraftangan Negeri Perlis dan Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis dan disokong oleh jabatan-jabatan kerajaan negeri Perlis, pertubuhan siam, NGO dan sebagainya. Majlis ini dihadiri oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan diiringi oleh Y.A.B Dato' Seri Dr. Md. Isa bin Sabu, Menteri Besar Perlis dan barisan ekco negeri Perlis yang lain.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti persembahan kebudayaan, jamuan makan 1 Malaysia, bantuan kepada penduduk miskin, warga emas serta ibu tunggal, majlis sambutan pesta air masyakat Siam, jualan makanan, demonstrasi masakan siam iaitu tom yam dan somtam betik, pameran dari pelbagai jabatan kerajaan dan sebagainya.

PNM Perlis dilantik sebagai urus setia permainan tradisional seperti dam aji, karom, batu tujuh (7), congkak dan tuju tin. Rata-rata masyakarat siam berasa kekok dan janggal dengan permainan tradisional masyarakat melayu. Melalui pertandingan ini, ia dapat memberi pendedahan kepada mereka tentang permainan tradisional melayu dan bagaimana ia dimainkan. Majlis penyampaian hadiah diadakan selepas selesai majlis perasmian dan makan tengah hari.

Selain itu, PNM Perlis turut dijemput untuk menyertai pameran jabatan. PNM Perlis mengadakan pameran rangkaian perpustakaan, pameran koleksi bahan perpustakaan seperti buku, majalah bahan sumber media dan permainan I-Play Toy Library.

Majlis Makan Malam BAKERP 2012

Majlis Makan Malam bersama ahli BAKERP merupakan idea dan cetusan dari YDP BAKERP untuk meraikan ahli BAKERP yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti sepanjang tahun 2011 dan Pesta Buku Perlis 2012. Majlis Makan Malam ini diadakan di Ocean Glow, Hotel Putra Brasmana pada 13 April 2012, 8.00 malam. Acara ini mendapat sambutan yang amat baik dari kalangan ahli walaupun terdapat ura-ura mengatakan bahawa akan berlaku tsunami di Pantai Kuala Perlis dan orang ramai diminta berjaga-jaga berikutan terjadinya gempa bumi di Aceh baru-baru ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Rashid Haron, ucapan aluan dari YDP BAKERP yang banyak menyentuh mengenai peralihan kuasa di dalam BAKERP semasa mesyuarat agung yang akan diadakan tidak lama lagi. Beliau berharap adanya penganti beliau bagi menerajui BAKERP memandangkan beliau akan bersara tidak lama lagi. Beliau berharap jawatan tersebut akan diisi oleh Pn. Machita Othman yang berpengalaman luas dalam kepimpinan.Ini dapat dilihat melalui kepimpinan Pn. Machita Othman yang merupakan orang ke-3 terpenting di dalam perpustakaan. Selain itu, beliau turut mengalu-alukan Pn. Hjh. Norma Mohd Darus yang kembali berkhidmat selepas bersara dari jawatan Pengarah pada tahun 2011.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Pn. Hjh Norma Mohd Darus, Pengarah PNM Negeri Perlis selaku penasihat Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, PPANPs. Makan malam Barbeque bermula selepas ucapan dari Puan Pengarah tersebut.

Majlis diserikan oleh penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada setiap ahli yang hadir pada malam tersebut. Majlis diselang selikan dengan persembahan karaoke ahli BAKERP terpilih yang dibahagikan mengikut zon-zon.

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan Boling Tertutup BAKERP 2012 dan pertandingan Badminton Tertutup BAKERP 2012. Diharap majlis ini dapat memberi manfaat yang baik kepada ahli BAKERP dengan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Pertandingan Badminton Tertutup BAKERP 2012

Bagi merancakkan lagi program tahunan 2012, Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi dibawah Biro Sukan menganjurkan Pertandingan Badminton Tertutup BAKERP 2012 pada 7 April 2012 bertempat di Dewan Badminton Perlis. Acara bermula seawal 8.00 pagi dengan pendaftaran para peserta dan sesi bergambar bersama regu dan beramai-ramai. Acara badminton dimainkan secara regu dan dibahagikan kepada 4 kumpulan bagi lelaki dan wanita sebanyak 2 kumpulan. permainan dimainkan secara liga dan kumpulan yang menang dan naib johan kumpulan akan bertanding dengan kumpulan yang lain. Seramai 36 peserta menyertai acara ini.

Berikut adalah pemenang bagi pertandingan Badminton Tertutup BAKERP 2012:

Kategori Regu Lelaki
  • Johan - Azham Arif dan Husni Zaim Isha
  • Naib Johan - Ridzuan Mat dan Norzaidi Ismail
  • Tempat ke-3 - Shukri Bahari dan Faizol Che Mohd Kasa
  • Tempat ke-4 - Mohd Hairian Salim dan En. Dahlan Ismail
Kategori Regu Wanita
  • Johan - Haizatul Afni Bakhtiar dan Jusniyati Bustamain
  • Naib ohan - Siti Murni dan Zairina Hashim
  • Tempat ke-3 - Noor Hayati Husin & Melor Ramli
  • Tempat ke-4 - Rosmiza Kamih &

Program Sambutan Ulang Tahun ke-3 Pentadbiran Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia

Program Sambutan Ulang Tahun ke-3 Pentadbiran Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia diadakan pada 2-3. April 2012. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pameran jabatan, jualan produk makanan, aktiviti, ceramah, pameran kereta, aktiviti kebudayaan dan sebagainya.

Perpustakaan turut terlibat apabila dilantik sebagai urus setia pertandingan Puzzles oleh 200 pelajar Tabika daripada Tabika Perpaduan Negeri Perlis. Pelajar ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan di mana setiap kumpulan mengandungi seramai 4 orang pelajar. Setiap kumpulan diberikan satu puzzles untuk disusun dan disiapkan menjadi sebuah gambar. Pemenang adalah berdasarkan kepada kumpulan yang pantas menyiapkan puzzles tersebut. Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga. Setia penyertaan mendapat hadiah daripada penganjur iaitu Jabatan Penerangan Negeri Perlis.

Selain dari itu, perpustakaan turut mengambil bahagian di dalam pameran jabatan. Perpustakaan di bawah Skuad Promosi mengadakan pameran mengenai Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak  meliputi koleksi buku, bahan tidak bercetak (cd) dan banting. Selain dari itu, perpustakaan turut mengadakan pameran mengenai rangkaian perpustakaan, bahan perpustakaan dan kempen daftar ahli secara percuma bagi mempromosikan perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat negeri Perlis.