Pesta Buku Perlis 2012


Pesta Buku Perlis merupakan program tahunan Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis dengan kerjasama Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. (BAKERP). Bagi tahun 2012, Pesta Buku Perlis telah berlangsung dengan jayanya pada 23-27 Februari 2012. Bagi memeriahkan pesta Buku Perlis, pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk menarik minat orang ramai ke Pesta Buku.

 Majlis perasmian Pesta Buku telah disempurnakan oleh Y.A.B Menteri Besar Perlis diwakilkan pada Y.B Dato’ Yazid Mat, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis pada 24 Februari 2012. Pesta Buku Perlis bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat negeri Perlis dan memperkenalkan buku terbitan daripada dalam dan luar negara dengan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh orang ramai. Di samping itu, ia bertujuan mempromosikan perkhidmatan perpustakaan dan menambahkan keahlian perpustakaan.


Di sepanjang pesta buku yang berlangsung dari 23-27 Februari 2012, pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya:

· Ceramah Agama

· Bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM

· Pameran permainan tradisional dari perpustakaan

· Pameran interaktif dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pejabat Perdagangan dalam negeri dan Kepenggunaan dan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Negeri Perlis

· Pertandingan Mewarna Kelab Membaca Sinar Pintar

· Pertandingan Karaoke Kelab Membaca Sinar Pintar

· Pertandingan Pakaian Beragam

· Bengkel Penyediaan Kek & Tart

· Bengkel Penulisan Minit Mesyuarat

· Lawatan Sambil Belajar dari sekolah-sekolah

· Promosi Kempen Daftar ahli (percuma)

· Sudut Permainan Ilmu.

Kesimpulannya, Pesta Buku Perlis 2012 mendapat sambutan yang baik di kalangan  masyarakat negeri Perlis. Ini dapat dilihat melalui sambutan yang menggalakkan melalui pertambahan keahlian perpustakaan, pertambahan jumlah pembekal buku, peningkatan jumlah pelajar sekolah mengadakan lawatan, peningkatan jumlah bengkel teknik menjawab peperiksaan dan pertambahan penyertaan peserta di dalam bengkel Kek, pertandingan Karaoke, pertandingan mewarna dan sebagainya.


No comments: