Selamat Pengantin Baru Sarina





Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Sarina dan pasangannya iaitu Suhairi. Kenduri kahwin pengantin perempuan diadakan pada 18 Disember 2010 bertempat di Alor Redis  manakala sebelah pengantin lelaki pada 19 Disember 2010 di Ulu Pauh.

 Oleh kerana saya (Zairina) tidak dapat menghadiri kenduri sebelah pengantin perempuan pada 18 hb, jadi saya mengambil kesempatan untuk menghadiri kenduri sebelah pengantin lelaki. Sungguh cantik dan manis kedua-dua pengantin memakai persalinan baju pengantin bewarna biru. Sememangnya naik seri kedua-dua pengantin, teringat saya saat kenduri kahwin saya bersama suami saya yang juga merupakan sekampung dengan suami Sarina . keh..keh..keh... 

Kenduri pengantin sebelah lelaki pun meriah. makanan sedap-sedap dengan pilihan lauk seperti sayor keladi, rendang daging, sayor lemak nangka, acar rebung ulam-ulaman dan air asam serta cabai. Semua makanan kenduri dibuat secara gotong royong. Mak dan pak  mentua saya pun ada pi tolong-tolong masak..tetapi saya cuma tolong makan dan tangkap gambar saja..hehehhehe..

Di sini saya nak kongsikan bersama anda semua gambar-gambar menarik sepanjang kenduri.

Suasana kenduri. Rumah mentua Sarina di belakang sana

Lauk pauk yang sedap lagi terliur

Flower girl..merupakan sepupu Ridzuan Mat

Pengantin tak datang lagi waktu ini jadi saya minta sepupu-sepupu ridzuan Mat untuk berposing..heheheh

Bilik pengantin yang serba biru

Pengantin tiba siap berpayung lagi. Hati-hati tanah lecah

Rombongan dari pengantin perempuan

Berposing sekejap di luar rumah. agak-agak berdua atau bertiga? cuba teka..

Hantaran perkahwinan daripada pihak pengantin perempuan

Bergambar di dalam bilik pengantin

Bergambar di bilik pengantin

Bergambar sambil berdiri di dalam bilik pengantin



No comments: