Latihan dan sesi pemilihan pemain badminton sempena Sukan KPKK


Satu sesi latihan dan pemilihan pemain bagi mewakili perpustakaan dalam acara permainan badminton telah dijalankan pada 5 Disember 2010 (Ahad) jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Badminton Perlis. Seramai 7 orang kakitangan PANPerlis hadir semasa sesi tersebut iaitu En. Azham Ariff (jurulatih / pemain), En. Ridzuan Mat (Timbalan Biro Sukan), En. Yusoff Darus, En. Husaini, Pn. Zairina Hashim dan pasangan regu wanita dan perseorangan wanita iaitu Pn. Noor Hayati Hussin dan Cik Haizatul Afni Bakhtiar.

Pada sesi latihan tersebut, En. Ridzuan Mat telah berbesar hati menyediakan makanan bihun dan  air mineral kepada  peserta sesi latihan tersebut. Latihan berakhir pada pukul 2.00 petang.

No comments: