LAPORAN ACARA TENPIN BOWLING BERPASUKAN


Acara Tenpin Bowling Berpasukan, sukan Kementerian Penerangan, (komunikasi & Kebudayaan (JKPKK) Peringkat Negeri Perlis 2010 telah diadakan dengan jayanya pada 9 Disember 2010 jam 9.00 malam di Perlis Bowl. Sebanyak 6 Pasukan telah bertanding iaitu Jasa, RTM, Jabatan Penerangan, Kraftangan (Kraf, Bernama, Muzium),Kebudayaan dan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Setiap pasukan membawa kumpulan penyokong masing-masing menjadikan Perlis Bowl menjadi gamat dengan sorakan para penyokong.

Perpustakaan Awam Negeri Perlis diwakili oleh 4 peserta iaitu Cik Amisuriani, En. Mohd. Rizuwan Mat Radzi, En. Yusuff Darus dan En. Mohd Hairian. Salim. Perpustakaan telah mendapat tempat ke-4 di dalam acara ini. Tahniah  ke atas para pemain.

Berikut adalah keputusan rasmi acara Tenpin Bowling berpasukan :

1. Jasa Power Bowl (JASA) - 1626
2. RTM POWER (RTM) - 1616
3. Jabatan Penerangan (Penerangan) - 1501
4. Perpustakaan Awam Negeri Perlis - 1429
5. Kraftangan (Kraf/Bernama/Muzium) - 1340
6. Estetika (Kebudayaan) - 1255

No comments: