Pesta Buku Perlis : Bengkel Kek

Bengkel Kek Cawan / Aising diadakan pada hari Ahad, 21 Februari 2010 di Dewan Syarahan PPANPs dan berlangsung selama 2 jam iaitu dari pukul 2.00 petang sehingga 4.00 petang.Tenaga pengajar yang memberi khidmat tunjuk ajar kepada para peserta ialah daripada KEMAS, Perlis iaitu Pn. Zaiton Binti Ismail. Antara pengisian bengkel pada hari tersebut ialah peserta diajar untuk menyediakan kek cawan dan teknik-teknik menghias kek cawan.Peserta yang menyertai bengkel ini adalah seramai 117 orang iaitu 102 orang peserta luar dan 15 orang peserta dalaman (kakitangan PPANPs). Peserta bengkel  terdiri daripada wanita dari pelbagai peringkat umur.

Pendaftaran peserta. Peserta diberikan fail yang mengandungi resepi dan buah tangan kek cawan.

Demonstrasi kek cawan

Kek Cawan dibakar

Peserta bengkel kusyuk memerhatikan demonstrasi penghasilan kek cawan

Penceramah dikerumuni peserta bagi mendapatkan tips-tips yang berguna penghasilan kek


No comments: