Pesta Buku Perlis 2010

Pesta Buku Perlis 2010 anjuran Perpustakaan Awam Negeri Perlis berlangsung pada 19 hingga 24 Februari 2010 di pekarangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.
Selain daripada jualan buku, pelbagai pengisian menarik sepanjang Pesta Buku adalah Bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan, Bengkel kek, Bengkel Penampilan Anggun Wanita, ceramah kesihatan, E-Learning, ceramah daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan, pemeriksaan kesihatan, kuiz, lawatan sambil belajar daripada sekolah, dan sebagainya.


Pelbagai buku rujukan pada harga terendah dijual


Pelajar memilih buku untuk dibeli

Selain dari buku turut dijual adalah pakaian untuk kaum muslimah

Barangan kraftangan yang menarik untuk ditempah

Pelbagai buku dapat dipilih pada harga yang berpatutan

Tukang masak professional dari kakitangan perpustakaan desa

Nasi goreng Istimewa jualan daripada kakitangan bahagian Pejabat Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Kakitangan Perpustakaan Cawangan Arau menyediakan jualan burger

Aktiviti Sudut Permainan Ilmu kepada orang ramai

Aktiviti Puzzles. Turut disediakan hadiah.




No comments: