Pesta Buku Perlis 2010 : Bengkel Penampilan Angguna Wanita

Bengkel Penampilan Anggun Wanita diadakan pada hari Rabu, 24 Februari 2010 di Dewan Syarahan PPANPs. Bengkel ini berlangsung selama 2 jam iaitu dari pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Tenaga pengajar yang memberi khidmat tunjuk ajar kepada para peserta adalah pensyarah dari Kolej Komuniti Arau, Perlis iaitu Pn. Ku Esah Binti Ku Saad dan Pn. Mastura Binti Mustaffa. Antara pengisian bengkel adalah para  peserta diajar cara-cara berpakaian formal dan tidak formal, kasual, cara berpakaian ke temuduga, pakaian yang di larang dan juga di tunjukkan demonstrasi solekan. Sebanyak 102 peserta daripada pelbagai peringkat umur menyertai bengkel ini.


Para peserta

Demonstrasi solekan

Para peserta yang berminat untuk mengikuti kursus lanjutan



No comments: