Pesta Buku Perlis : Lawatan Sambil Belajar sekolah

Lawatan daripada pelajar sekolah  bermula dari  8 pagi hingga pukul 5 petang sepanjang Pesta Buku 2012@PNM Perlis berlangsung. Turut mengiringi lawatan sambil belajar ini guru sekolah bagi memastikan keselatana pelajar terkawal.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di Perpustakaan Awam Negeri Perlis kepada pengunjung-pengunjung perpustakaan. Peserta lawatan akan diberikan   taklimat dan penerangan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di perpustakaan dan dibawa melawat di sekitar Perpustakaan Awam Negeri Perlis. selain itu, pelajar berpeluang untuk menonton video korporat Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan sesi soa jawab diadakan selepas tayangan tersebut.
Sebanyak 9 buah sekolah yang terlibat dalam lawatan sepanjang Pesta Buku ini berlangsung aiaitu
1) Sek.Men. Tengku Budriah Arau—10 orang (23/2/2012)
2) Sek. Keb. Sg Berembang - 47 orang (24/2/2012)
3) Sek. Keb. Pauh - 100 orang (24/2/2012)
4) Sek. Keb. Sri Tunjang - 65 orang (24/2/2012)
5) Sek. Men. Padang Besar (U) — 30 orang (24/2/2012)
6) Sek. Keb. Paya - 40 orang (27/2/2012)
7) Sek. Keb. Padang Besar (S) - 50 orang (27/2/2012)
8) Sek. Keb. Jejawi - 45 orang (27/2/2012)
9) Sek. Ren. Agama Islahiyah Behor Mali - 30 orang (27/2/2012)


Pesta Buku Perlis : Bengkel Penulisan Minit Mesyuarat

Bengkel Penulisan Minit Mesyuarat adalah anjuran anjuran PNM Perlis Negeri Perlis dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara bertempat di Dewan Syarahan Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis.Program ini telah menarik penyertaan seramai 130 orang terdiri daripada kakitangan perpustakaan, kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan serta setiausaha dan penolong setiausaha dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sekitar negeri Perlis.

Bengkel dikendalikan oleh Munsyi Mohamad Roslan Bin Ghazali dari Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah. Beliau menjelaskan mesyuarat ialah satu aktiviti yang berdasarkan komunikasi dua hala antara individu dalam situasi formal. Mesyuarat diadakan untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat, menyelesaikan masalah berbangkit, memberi atau mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak dan membuat sesuatu keputusan. Semua butiran mesyuarat akan direkodkan untuk tujuan semakan, rujukan dan tindakan. Catatan butiran mesyuarat dilakukan secara padat, ringkas dan tepat serta berurutan dan mempunyai gaya bahasa yang tersendiri dalam satu dokumen yang dinamakan minit mesyuarat.
Ciri-ciri minit mesyuarat yang baik ialah:

· Penulisan minit mesyuarat hendaklah ringkas, tepat dan padat kerana laras bahasanya bersifat formal iaitu menggunakan kata dan ungkapan bahasa rasmi.

· Ayat-ayat yang digunakan perlu menggambarkan keputusan yang dibuat berdasarkan persetujuan ahli-ahli mesyuarat

· Gaya bahasa minit mesyuarat berbentuk kata-kata tertentu yang dijadikan ungkapan khusus.
Majlis diteruskan dengan sesi penerangan mengenai tatacara penulisan minit mesyuarat yang betul dari segi format, tajuk dan butiran am yang lain, agenda mesyuarat (yang umum), gaya bahasa dalam penulisan minit mesyuarat, perkara berbangkit, hal-hal lain dan penutup serta penggunaan ayat dan ejaan yang tepat.
Majlis ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada penceramah jemputan oleh Puan Tengku Fauziah binti Ku Mat, pegawai dari Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara.


Pesta Buku Perlis : Bengkel Penyediaan Kek & Tart

Bengkel Penyediaan Kek & Tart dijalankan secara 2 sesi berlainan memandangkan bilangan penyertaan peserta adalah amat menggalakkan dan di luar jangkaan. Bengkel diadakan pada 26 dan 27 Februari 2012.Tenaga pengajar dari kakitangan PNM Perlis iaitu Pn. Melor Ramli. Pn. Melor Ramli merupakan usahawan bumiputera yang berjaya dan mempunyai kilang kek dan pekerja sendiri.

Sepanjang bengkel, para peserta diajar cara menyediakan tart blackberry dan kek cawan coklat. Para peserta berpeluang bersama-sama untuk menyediakan juadah tersebut sambil dibantu tenaga pengajar seperti memukul bahan, membakar bahan dan menghias bahan. Para peserta juga diberikan tips untuk menyedia kek batik yang sedap.


Pesta Buku Perlis : Pertandingan Mewarna

Pertandimgam mewarna terbahagi kepada 3 kategori iaitu kategori 6 tahun ke bawah, 7-9 tahun dan 10-12 tahun. Peserta 6 tahun ke bawah adalah terdiri daripada pelajar tabika kemas dan perpaduan manakala kategori kanak -kanak berumur 7 tahun ke atas adalah dari 17 buah sekolah yang berhampiran. Tujuan diadakan pertandingan ini adalah untuk menggalakkan kanak-kanak dan ibu bapa ke perpustakaan sekaligus mempromosikan perkhidmatan perpustakaan kepada mereka. Setiap peserta yang menyertai pertandingan ini mendapat sijil penyertaan dan hadiah saguhati.


Pesta Buku Perlis : Pertandingan Pakaian Beragam 1 Malaysia

Seramai 15 orang kanak-kanak yg berumur di antara 4-6 tahun telah mengambil bahagian di dalam Pertandingan Pakaian Beragam  yang bertemakan 1Malaysia. Sambutan meriah daripada ibu bapa dan para peserta amat menggalakan dengan persediaan pakaian dan musik iringan yang disediakan sendiri oleh ibubapa. Pelbagai jenis pakaian tradisional yang mewakili kaum di Malaysia telah di gayakan oleh para peserta seperti pakaian tradisional kaum melayu, cina, india, etnik Sabah dan Sarawak.

      Pertandingan bermula pada pukul 3.30 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Pertandingan ini telah di adili oleh puan Hayati binti Othman dan puan Norhafizah binti Abdullah. Semua hadiah bagi pertandingan ini telah di sampaikan oleh Pn. Machita binti Othman.

      Pemenang tempat pertama telah dimenangi oleh Mok Men Kei yg mewakili PC Kuala Perlis. Adik Mok Men Kei telah memperagakan pakaian tradisional congsam cina serta turut membuat persembahan yang menarik. Pemenang tempat kedua dimenangi oleh Nur Afiqah binti Shuhaimi dan pemenang tempat ketiga dimenangfi oleh Ku Haziqah binti Hafizad. Kedua-duanya adalah wakil daripada PC Simpang Empat.