Program Hijrah Minda


Program Hijrah Minda yang bertema Membaca Jabatan Ilmu telah diadakan dengan jayanya pada 20 Julai 2012 bertempat di Masjid Tuanku Syed Putra. Program ini merupakan anjuran Majlis Agama Islam Negeri Perlis dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan di negeri Perlis, Perpustakaan Awam Negeri Perlis bersama Jabatan Pelajaran Negeri Perlis telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program ini pada bulan Julai 2012. Selain itu, PNM Perlis turut menubuhkan sudut bacaan di dalam masjid yang dilengkapi dengan buku rujukan, peralatan dan sebagainya.

Objektif program ini adalah:
  1. Menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat
  2. Memberi kesedaran kepada masyarakat kepentingan ilmu dan pembacaan
  3. Meningkatkan kesedaran ibu bapa untuk mendorong amalan membaca di dalam keluarga
  4. Menggalakkan penggunaan masjid sebagai tempat untuk masyarakat beriadah selain dari tempat beribadat.
Antara pengisian aktiviti sempena Program Hijrah Minda adalah Khutbah Jumaat berkaitan ilmu, pameran e-Pustaka, kempen daftar ahli dan ceramah membaca jabatan ilmu kepada pelajar. Pelancaran Sudut Ilmu Masjid Putra akan dijalankan pada 7 Ogos 2012 yang akan dirasmikan oleh DYTM Raja Muda Perlis.

No comments: