Majlis Persaraan Pn. Roslima

Majlis Persaraan Pn. Roslima diadakan pada 13 Julai 2012, 3.00 petang bertempat di Hotel Putra Palace. Majlis tersebut dihadiri oleh semua kakitangan PNMPerlis seramai 95 orang. Pengacara majlis pada hari tersebut adalah En. Muslim Saadan dan pembaca doa disampaikan oleh En. Saiful Akhbar, Petugas PD Bongor Kudung. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah PNM Perlis iaitu Pn. Hjh Norma Mohd Darus dan Timbalan Pengarah PNM Perlis iaitu Tn. Hj. Muhammad Hj. Harun. Majlis turut menjemput Pn. Roslima Omar untuk mengucapkan sepatah dua kata sempena majlis persaraannya yang diadakan secara rahsia tanpa pengetahuannya. Majlis bertukar suasana sedih dan hiba di atas ucapan-ucapan yang disampaikan oleh beberapa kakitangan PNMPerlis. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Pn. Pengarah dan Timbalan Pengarah.



No comments: