Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk

Sempena menyambut bulan Ramadhan tahun ini, jawatankuasa BAKERP telah mengadakan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada kakitangan PANPs sebagai juadah berbuka puasa. Antara tujuan mengadakan aktiviti ini untuk menyemarakkan aktiviti BAKERP di bulan Ramadhan disamping menghulur kebajikan kepada kakitangan perpustakaan dengan memberikan bubur lambuk sebagai juadah berbuka. Gotong-royong memsak bubur lambuk ini diketuai oleh En. Dahlan Ismail manakala Pn. Norazliza Abdullah dilantik sebagai ketua tukang masak. Aktiviti ini dimulakan dengan penyediaan bahan mentah untuk memasak (merewang), penyediaan tempat masak, mengacau bubur lambuk dan pengagihan bubur lambuk kepada kakitangan. Aktiviiti ini berakhir sehingga pukul 5.00 petang.



No comments: