Bengkel MARC 21

Bengkel MARC 21 telah dijalankan pada 28 hingga 30 Mei 2012 bertempat di Tingkat 5, bangunan Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia. Seramai lebih 30 orang peserta  menyertai bengkel tersebut. PNM Perlis diwakili oleh Pn. Zairina Hashim, Pn. Asmah Ali dan Cik Haniza Hamzah. Rata-rata peserta yang menyertai bengkel tersebut adalah dari kakitangan pelbagai perpustakaan di seluruh Malaysia seperti Perpustakaan Kolej Komuniti, Perpustakaan dari Kolej Matrikulasi, Perpustakaan Khusus dan sebagainya. PNM telah menjemput Pn. Hamidah, Pensyarah dari UiTM Shah Alam sebagai tenaga pengajar bagi bengkel tersebut. Setelah 3 hari menimba ilmu, para peserta telah diberi pendedahan tentang cara-cara mengkatalog bahan perpustakaan seperti bahan monograh, serial, bahan elektronik, peta dengan betul dan tepat. Setelah tamat bengkel, para peserta diberikan sijil penyertaan menyertai bengkel tersebut.


Kempen Membaca & Daftar Ahli @ Sek. Keb. Seri Perlis

Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis di bawah Skuad Promosi PNM Perlis dengan kerjasama I-Play Toy Library Padang Besar dan Perpustakaan Desa Taman Kemajuan dan PD Sungai Bakong telah mengadakan Program Kempen Membaca dan Daftar Ahli Perpustakaan di Sekolah Kebangsaan Seri Perlis pada 25 Mei 2012 (Jumaat). Pelbagai aktiviti dijalankan seperti:


  • Kempen Membaca dan taklimat daftar ahli perpustakaan
  • Membaca bersama
  • Pameran rangkaian perpustakaan, iplay toy dan koleksi bahan perpustakaan
  • Daftar ahli perpustakaan negeri dan PD Taman Kemajuan & PD Sg. Bakong
  • Permainan dam aji
  • Celik IT bersama e-Pustaka
  • aktiviti I-Pay Toy Library bersama kanak-kanak pra sekolah
Tujuan diadakan program adalah untuk menyedarkan kepada para pelajar tentang kepentingan membaca dan sumber-sumber bahan bacaan yang boleh didapati di perpustakaan secara percuma. Selain dari itu, ia juga bertujuan mempromosikan perpustakaan sebagai tempat untuk mencari ilmu selain daripada kemudahan yang disediakan oleh sekolah. Pihak perpustakaan ingin mengucapkan penghargaan kepada pihak sekolah Kebangsaan Seri Perlis terutamanya guru besar, guru pusat sumber serta kakitangan guru yang lain kerana memberi kerjasama dan penuh kepercayaan kepada pihak perpustakaan dalam mempromosikan perpustakaan kepada para pelajar.


Kempen Daftar Ahli Perpustakaan @ Sekolah Kebangsaan Sena, Kangar, Perlis

Pada 24 Mei 2012 (Khamis), 8.40 pagi, Perpustakaan Awam Negeri Perlis dibawah Skuad Promosi PNM Perlis, dengan kerjasama PD Sg. Bakong, PD Taman Kemajuan, I-Play Toy Library cawangan Simpang Empat, Kuala Perlis, Padang Besar dan Arau telah menjalankan Kempen Daftar Ahli di Sekolah Kebangsaan Sena (sekolah cluster tuhhh).

Tujuan diadakan aktiviti ini adalah untuk menggalakkan kanak-kanak menjadi ahli perpustakaan, mempromosikan perkhidmatan perpustakaan seperti pinjaman buku sebanyak 3 buah selama 3 minggu, aktiviti galakan membaca spt mewarna, membuat kraftangan dan sebagainya. Selain itu, ia turut mempromosikan KEMPEN MEMBACA di kalangan pelajar sekolah tersebut dengan menguar-uarkan pelajar untuk datang ke perpustakaan untuk membaca buku dan meminjam buku. Selain dari perkhidmatan perpustakaan iaitu  rujukan buku, meminjam buku, kanak-kanak juga boleh datang ke perpustakaan untuk menjalankan aktiviti galakan membaca seperti bercerita, mewarna, bermain, membuat kraftangan dan sebagainya bersama rakan-rakan yang lain. Dengan erti kata yang lain, perpustakaan merupakan tempat untuk kanak-kanak melakukan aktiviti sosial yang sihat, pergaulan dengan rakan-rakan, bertukar pendapat selain daripada amalan membaca buku.

Berbalik mengenai kempen daftar ahli perpustakaan @ SK Sena. Pelbagai aktiviti dijalankan di sekolah tersebut seperti:
1) Taklimat perpustakaan dan tayangan video korporat
2) Cerita Pendidikan dan Kuiz
3) Membaca Bersama "Let's Read Together"
4) Daftar Ahli perpustakaan secara percuma
6) Pameran koleksi buku perpustakaan dan rangkaian perpustakaan
7) Pameran i play toy
8) Aktiviti I-Play toy  bersama pelajar pra sekolah
9) Permainan Dam gergasi
10) Celik IT bersama as e-Pustaka

Kesimpulannya, aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan daripada para pelajar. Ia juga dapat menggalakkan para pelajar ke perpustakaan dan mendekatkan mereka bersama petugas perpustakaan. Selain itu, melalui aktiviti ini ia juga dapat mengurangkan tension beban belajar pelajar belajar di sekolah pada hari tersebut  selain menghiburkan hati mereka dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.


Saringan Persembahan Malam Perkhidmatan Awam

Tahniah kepada pasukan dikir barat perpustakaan yang diwakili seramai lebih kurang 40 peserta terpilih dalam mengadakan Persembahan Malam Perkhidmatan Awam yang akan diadakan pada pada 1 Jun 2012 di Dewan 2020. Saringan Persembahan Perkhidmatan Awam diadakan pada 21 Mei 2012 dan kumpulan perpustakaan merupakan kumpulan yang paling akhir mengadakan persembahan. Tidak melemahkan semangat, persembahan tersebut telah  mendapat sorakan gemuruh dan gelak ketawa hingga tidak kering gusi apabila melihatkan aksi lucu dan berseloroh para pelakon lelaki yang berpakaian wanita.. Selain itu, turut tidak mengecewakan plantun suara penyanyi utama yang begitu lantang dan bersemangat serta persembahan para penari latar dikir barat. Tidak terkecuali para pemain muzik yang begitu istimewa  mezahirkan muzik yang begitu mengasyikkan dan menyeronokkan. Tahniah kepada yang terlibat.

Pameran & Kempen Daftar Ahli Perpustakaan @ Rimba Mas

 Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis 2012 dan Karnival Astro Fiesta 1 Malaysia 1 Felda sempena Sambutan Hari Keputeraan D.Y.M.M Tuanku Raja Perlis ke-69 telah diadakan pada 18 hingga 20 Mei 2012 di Felda Rimba Mas, Padang Besar Perlis. Pelbagai acara dijalankan disediakan seperti ceramah agama oleh Prof. Mohd Izie Hj. Ali, Wayang Pacak, derma darah, senamrobik, Perlis MTB Challenge 2012, Pertandingan futsal, bola sepak, bola jaring, walking for heart, persembahan waja diri, Konsert Astro Fiesta Mesta Belia 1 Malaysia 1 Felda dan sebagainya.
Acara ini dihadiri oleh D.Y.T.M Raja Muda Perlis dan D.Y.T.M Raja Puan Muda Perlis seawal jam 8.30 pagi dan seterusnya melancarkan Perlis MTB Challenge 2012. Baginda berdua juga turut mencemar duli untuk menyertai aktiviti senam robik 1 Malaysia dan Walking For Heart bersama penduduk kampung dan peserta belia yang lain. Pada jam 10.00 pagi, baginda bersama pemimpin yang lain menikmati jamuan teh. Baginda berdua merupakan mesra rakyat apabila sudi melayan karenah penduduk kampung, beramah mesra, sudi bergambar bersama walaupun cuaca panas pada hari tersebut.
Pada 19 Mei 2012, jam 8.30 malam turut diadakan Majlis Pelancaran  Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis 2012 dan Konsert Astro Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia 1 Felda. Antara artis yang mengadakan persembahan adalah Lan Typewriter, kumpulan Jinbara, Yazer serta beberapa artis astro yang lain.
Perpustakaan Awam Negeri Perlis di bawah Skuad Promosi Perpustakaan telah dijemput mengadakan pameran serta kempen daftar ahli perpustakaan. Sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat untuk menjadi ahli perpustakaan amat menggalakkan. Selain itu, mereka turut meluangkan masa berada di khemah perpustakaan untuk membaca buku yang disediakan oleh pihak perpustakaan.