Teks Ucapan Pengacara Majlis Mesyuarat Agung Tahunan

BERIKUT ADALAH TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS BAGI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAKERP KALI KE SEMBILAN YANG DIADAKAN PADA 23 JUN 2011


 BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM…..syukur kehadrat Allah S.W.T dengan izinNYA dapat Kita Bersama-sama berhimpun dalam majlis yang indah ini.
        “ DiTatang-Tatang kiri ke kanan,
DiSirat-Sirat DiSeret ke Depan.
          Selamat Datang Tuan Dan Puan,
Ke Mesyuarat Bakerp kali ke-9.”

       Assalamualaikum w.b.t  salam sejahtera, salam kegemilangan, dan salam 1 Malaysia. Selamat Datang ke Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi ( Bakerp ) Perpustakaan Awam Negeri Perlis kali ke-9 tahun 2011.

      Yang Berusaha Puan Hajjah Norma Hj Mohd darus Pengarah perpustakaan Awam Negeri Perlis merangkap Penasihat Bakerp. Yang Dihormati Tuan Haji Muhammad Hj Harun, Yang Dipertua Bakerp. Yang Disanjungi Puan Machita Othman Pegawai Bahagian Maklumat Dan Pendokumentasian Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Barisan Ahli Jawatankuasa Bakerp seterusnya Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati ALLAH sekalian. Pihak majlis merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan Terima Kasih Kepada Puan Hajjah Norma Kerana Sudi melapangkan masa untuk bersama-sama kita dan merasmikan mesyuarat agung Bakerp pada hari ini. Terima Kasih juga diucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan  semua ahli-ahli Bakerp yang dapat bersama pada mesyuarat agung pada hari ini.

      Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis mempersilakan Al-Fadzil Ustaz Rashid Bin Harun unutk memimpin bacaan Doa. Di Persilakan……

     Pihak Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadzil Ustaz Rashid Bin Harun Diatas Bacaan Doa Itu tadi.

      “ Bentuk Intan Menggunakan acuan,
Takut acuan Terbelah Dua.
        Untuk menyampaikan Ucapan Aluan,
Di Jemput Tuan Yang DiPertua”

      Majlis mempersilakan Tuan Haji Muhammad Haji Harun Yang Dipertua Bakerp bagi menyampaikan ucapan aluan. Dengan segala Hormatnya majlis mempersilakan….

      Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Haji Muhammad Hj Harun diatas ucapan beliau tadi. Diharapkan segala nasihat yang disampaikan tadi menjadi azimat berguna bagi kita ahli-ahli Bakerp untuk memajukan lagi kelab kita ini di masa hadapan.


  “ Pergi menimba Telaga di Hulu,
   Tidakkan ikan melarat ke muara.
    Kini tibalah masa ditunggu,
    Ucapan Perasmian mesyuarat kita”

       Dengan ini, majlis menjemput Puan Hajjah Norma Hj Mohd Darus, Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perlis selaku Penasihat Bakerp bagi menyampaikan ucapan seterusnya Merasmikan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi Perpustakaan Awam Negeri Perlis kali ke-9 tahun 2011. Dengan segala hormatnya saya mempersilakan……   
 
       Majlis merakamkan setinggi-tinggi Penghargaan dan terima kasih diatas ucapan perasmian oleh Puan Pengarah itu tadi. Semoga ucapan tadi menjadi Panduan kepada kita semua untuk bekerja lebih kuat demi masa depan kelab dan jabatan kita.

      Seterusnya adalah upacara penyampaian hadiah Pertandingan Boling Berpasukan Tertutup Panperlis. Untuk makluman pertandingan telah berlangsung pada 19 jun yang lalu, seramai 40 orang ahli bakerp yang dibahagikan kepada 10 kumpulan telah mengambil bahagian. Pertandingan diadakan di Perlis Bowl The Store kangar dari Jam 2-6 petang. Kami di Biro Sukan Bakerp mengucapkan Terima kasih kepada semua peserta diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan.Terima kasih juga diucapkan kepada Puan pengarah Yang turut sama hadir memberi  sokongan kepada peserta.

      Sekali lagi Majlis mempersilakan Tuan Haji Muhammad untuk Menjemput Puan Pengarah  bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Rujuk Senarai Keputusan

      Sebagai Cenderamata kenangan daripada Bakerp, Dipersilakan Tuan Haji Muhammad untuk menyampaikan cenderamata kepada puan pengarah.
     Terima Kasih diucapkan kepada Puan pengarah dan Tuan Haji Muhammad diatas Kesudian menyampaikan hadiah itu tadi.

        Maka berakhirlah sudah majlis Perasmian Mesyuarat agung Bakerp kita kali ini, selepas ini kita akan ke sesi seterusnya iaitu mesyuarat agung bakerp kali ke -9 tahun 2011. Sebelum itu semua staff di minta ke bahagian depan, tempat parking e-pustaka untuk sesi bergambar. Selepas itu naik semula ke dewan untuk mula bermesyuarat.

      Kalau ada sumur di ladang,  Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang   Satgi kita jumpa lagi.


     Sekian terima Kasih..assalamualaikum w.b.t

Assalamualaikum, salam sejahtera . diminta semua ahli jawatankuasa berada di meja hadapan.

Untuk memulakan mesyuarat kita memerlukan seorang pengerusi mesyuarat, jadi saya buka untuk cadangan. Dalam mesyuarat jawatankuasa ada mencadangkan En Dahlan Ismail, tapi terpulang pada tuan-tuan untuk mencadangkan orang lain.

Terima Kasih daun keladi,
Tahun depan jumpa lagi…….wasalam.

Program Tinjauan Mesra Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia




Tahniah kepada YAB Perdana Menteri kita kerana julung-julung kalinya dapat berkunjung ke negeri Perlis Indera Kayangan pada 23 Julai 2011 (Sabtu). Difahamkan YAB Perdana Menteri akan mengadakan kunjungan ke 'Nat' Balai Baru pada jam 9.30 pagi untuk bertemu rakyat dan para peniaga di sekitarnya. Di samping itu juga, beliau akan bersarapan pagi di nat tersebut.  Seterusnya YAB Perdana Menteri akan bertemu dengan anggota perkhidmatan awam serta pemimpin persatuan kaum di Dewan 2020 pada pukul 11.00 pagi. Pihak perpustakaan telah mewajibkan semua kakitangannya untuk hadir ke majlis tersebut. Semua aktiviti jabatan ditangguhkan ke minggu hadapan. 


Untuk pengetahuan semua, Program Tinjauan Mesra atau “Walkabout” yang dipopularkan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia merupakan antara pendekatan “menyelami denyut nadi rakyat” dan ianya sebahagian dari cara menterjemahkan Gagasan 1 Malaysia . Sehubungan itu, amatlah perlu bagi setiap pemimpin UMNO/BN mampu untuk melakukan ‘Tinjauan Mesra” dikawasan masing-masing dan seterusnya membawa permasaalahan rakyat kepada pihak berkenaan untuk dicari penyelesaian. 

Majlis Amanat oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia kepada Warga PNM Negeri Perlis


Majlis Amanat oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia kepada Warga PNM Negeri Perlis telah diadakan pada 18 Julai 2011 (Isnin) bertempat di Dewan Syarahan PPANPs. Ketua Pengarah PNM adalah Yang Berbahagia Dato' Raslin Abu Bakar sudi memberi amanat kepada wargna PNM negeri Perlis. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Pn. Hjh Norma bt. Mohd Darus, Pengarah PPANPs. Di dalam majlis tersebut, beliau menyatakan PNM kini mengambil alih sumber manusia kakitangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan tiada lagi pengasingan atau perbezaan antara perpustakaan desa negeri dan perpustakaan desa PNM. 

Dalam Amanat Yang Berbahagia Dato' Raslin menyatakan bahawa kakitangan lama seperti Pn. Pengarah PPANPs dan Tn. Hj. Muhammad akan dinaikkan pangkat, kakitangan sambilan negeri akan dinaikkan ke jawatan kontrak berkuatkuasa pada 1 September 2011. Beliau berjanji akan memberi banyak perubahan dan pembaikkan pada PANPs apabila Infrastruktur ICT di perpustakaan Awam Negeri Perlis dinaik taraf, pemberian e-book (mengandungi 2 juta buku) dan sebagainya. Di akhir majlis tersebut, Dato' KP telah menyampaikan surat lantikan kontrak (N1/R3) kepada kakitangan sambilan negeri. Terima kasih kepada Dato' KP.

Fakta-fakta penting

  • Majlis Menandatangani Perjanjian Pengambilalihan Khidmat Pengurusan Sumber Manusia Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis di Bawah Perpustakaan Negara Malaysia telah dijalankan pada 16 Mei 2010 (Ahad) di Dewan Syarahan PPANPs. Ianya disempurnakan oleh YBHG Datuk Wira Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiuasaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan YB Dato' Mohamad Zabidi Zainal, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
  • Dengan termeterainya perjanjian ini, maka bermulalah satu transformasi yang mana Khidmat Pengurusan Sumber Manusia PPAN Perlis akan bertukar tangan kepada Perpustakaan Negara Malaysia di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
  • Tarikh 7 Julai 2011merupakan proses tukar lantik kakitangan tetap dijalankan.

Pertandingan In Door Games JKPKPKK

Pada 15 Julai 2011 (Jumaat) telah berlangsung pertandingan In-Door Games JKPKPKK di Muzium Kota Kayang. Antara permainan yang dipertandingkan adalah congkak, dam aji, dart dan karom. Permainan congkak diwakili oleh Pn. Nifarina, Pn. Melor dan En. Shukri. Permainan dan aji diwakili oleh En. Saiful Akhbar, En. Rozuwan dan Pn. Zairina. Permainan Dart diwakili oleh En. Azham Arif, En. Zulkifle Salleh dan Pn. Noor Hayati Hussin manakala permainan karom diwakili oleh en. Norzaidi Ismail dan Pn. Norlaila Che Said. Perpustakaan hanya mendapat 1 mata melalui pertandingan dam aji sahaja. Turut dipertandingkan adalah acara karom VIP yang diwakili oleh Tn. Hj. Muhammad Hj.Harun.
Pemain yang mewakili acara dart

Pemain yang mewakili acara karom

Pemain yang mewakili acara congkak

Pemain yang mewakili acara dam

Tahniah perpustakaan Johan Pertandingan Badminton JKPKPKK


Perpustakaan telah menjadi Johan Pertandingan Badminton JKPKPKK. Pertandingan ini dijalankan pada 17 Julai 2011 (Ahad) di Dewan Khoon Aik pada pukul 9.00 pagi. Pasukan perpustakaan telah diwakili oleh En. Azham Ariff, En. Shukri Bahari, En. Muhd Rizuwan Mat Radzi, En. Nazri Zainol, Pn. Noor Hayati Othman, Cik Haizatul Afni Bakhtiar dan Cik Hafizah. Pertandingan dijalankan secara liga dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A terdiri daripada pasukan perpustakaan, JASA dan RTM manakala pasukan B terdiri daripada pasukan muzium, kraftangan dan Bernama, kebudayaan dan Penerangan. Perpustakaan layak ke separuh akhir setelah menjadi johan kumpulan. Naib Johan kumpulan A adalah dari pasukan RTM. Pasukan B yang layak ke separuh akhir adalah pasukan muzium, kraftangan dan Bernama serta Kebudayaan. Pertandingan akhir menyaksikan perpustakaan sekali lagi bertanding dengan pasukan RTM.
Naib Johan disandang oleh pasukan RTM manakala tempat ke-3 disandang oleh pasukan Kebudayaan. Pasukan perpustakaan berjaya mengekalkan kejuaraan 2 tahun berturut-turut di dalam acara badminton. Tahniah kepada kakitangan PPANPs dan ahli keluarga yang datang untuk memberi sokongan kepada pasukan perpustakaan.