Majlis Amanat oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia kepada Warga PNM Negeri Perlis


Majlis Amanat oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia kepada Warga PNM Negeri Perlis telah diadakan pada 18 Julai 2011 (Isnin) bertempat di Dewan Syarahan PPANPs. Ketua Pengarah PNM adalah Yang Berbahagia Dato' Raslin Abu Bakar sudi memberi amanat kepada wargna PNM negeri Perlis. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Pn. Hjh Norma bt. Mohd Darus, Pengarah PPANPs. Di dalam majlis tersebut, beliau menyatakan PNM kini mengambil alih sumber manusia kakitangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan tiada lagi pengasingan atau perbezaan antara perpustakaan desa negeri dan perpustakaan desa PNM. 

Dalam Amanat Yang Berbahagia Dato' Raslin menyatakan bahawa kakitangan lama seperti Pn. Pengarah PPANPs dan Tn. Hj. Muhammad akan dinaikkan pangkat, kakitangan sambilan negeri akan dinaikkan ke jawatan kontrak berkuatkuasa pada 1 September 2011. Beliau berjanji akan memberi banyak perubahan dan pembaikkan pada PANPs apabila Infrastruktur ICT di perpustakaan Awam Negeri Perlis dinaik taraf, pemberian e-book (mengandungi 2 juta buku) dan sebagainya. Di akhir majlis tersebut, Dato' KP telah menyampaikan surat lantikan kontrak (N1/R3) kepada kakitangan sambilan negeri. Terima kasih kepada Dato' KP.

Fakta-fakta penting

  • Majlis Menandatangani Perjanjian Pengambilalihan Khidmat Pengurusan Sumber Manusia Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis di Bawah Perpustakaan Negara Malaysia telah dijalankan pada 16 Mei 2010 (Ahad) di Dewan Syarahan PPANPs. Ianya disempurnakan oleh YBHG Datuk Wira Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiuasaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan YB Dato' Mohamad Zabidi Zainal, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
  • Dengan termeterainya perjanjian ini, maka bermulalah satu transformasi yang mana Khidmat Pengurusan Sumber Manusia PPAN Perlis akan bertukar tangan kepada Perpustakaan Negara Malaysia di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
  • Tarikh 7 Julai 2011merupakan proses tukar lantik kakitangan tetap dijalankan.

No comments: