Pertandingan Karaoke Kelab Membaca Sinar Pintar ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan lagi kemeriahan Pesta Buku 2012@ PNM Perlis serta dapat mencungkil bakat-bakat baru kanak-kanak dalam bidang nyanyian. Peserta pertandingan karaoke ini  berumur antara 7 –2 tahun.

Pertandingan karaoke ini diadakan pada 26 Feb 2012 (Ahad) bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Seramai 38 orang peserta Kelab Membaca Sinar Pintar telah menyertai pertandingan karaoke ini untuk peringkat saringan.  Seramai 13 orang peserta telah terpilih untuk ke peringkat akhir. Juri pertandingan karaoke ialah En. Ismail Zakaria dan En. Razain Ismail. Semua hadiah bagi pertandingan ini telah disampaikan oleh Pn. Machita Othman, Ketua Bahagian Pembinaan Koleksi Dan Perkhidmatan Maklumat

Senarai pemenang pertandingan karaoke Kelab Membaca Sinar Pintar ialah
1) Nurul Hadina Binti On (Syurga Dibawah Telapak Kaki Ibu
2) Victor Carson Anak Geluma (Bukan Tak Setia)
3) Ilya Maisarah Binti Kafli (Anggapanmu)


Pesta Buku Perlis : Pameran

Sempena Pesta Buku, PNM Perlis telah mengadakan kerjasama dengan pihak luar untuk mengadakan pameran bagi memberi ilmu pengetahuan serta maklumat dari masa ke semasa kepada pengguna. Antara jabatan yang mengambil bahagian adalah KPDNKK, AADK dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
 Turut mengambil bahagian adalah pameran perpustakaan berkenaan permainan tradisional negeri Perlis. Sebanyak 18 permainan tradisional negeri Perlis dipamerkan seperti congkak, gasing, tudung lemonade, tuju kasut, tuju tin, tarik upih, wau, senapang beban, main guli, lompat getah, batu 7, main bilah, gulong kong, layang-layang, lumba kaki tempurung, tepuk getah, cakplong, dan sepak raga.



Pesta Buku Perlis : Ceramah Agama


Ceramah agama “Akhlak Rasullulah: Cemburu Dalam Perkahwinan” disampaikan oleh Ustazah Hjh Nazrah bin Yusoff pada 24 Februari 2012.Para peserta adalah terdiri daripada golongan dewasa daripada kakitangan kerajaan negeri Perlis.  Ceramah ini menarik perhatian peserta dengan informasi yang menarik mengenai tugas dan peranan suami dan isteri dalam rumah tangga mengikut akhlak Rasullullah serta cemburu yang digalakkan dalam perkahwinan.


Pesta Buku Perlis : Bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan




Bengkel Teknik Menjawab diadakan sebanyak 12 bengkel yang meliputi pelbagai subjek dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Penceramah – penceramah bengkel terdiri daripada kalangan guru – guru pemeriksa kertas peperiksaan dan guru – guru pakar matapelajaran sekolah – sekolah di seluruh negeri Perlis. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar cara menjawab peperiksaan dengan betul serta tips-tips yang berguna  dalam menghadapi peperiksaan.
Berikut adalah Bengkel Teknik Menjawab yang dijalankan sepanjang Pesta Buku Perlis 2012:


BIL
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB
PENCERAMAH
PESERTA
1.

UPSR Bahasa Melayu
En Azhar bin Darus
115 orang
2.

UPSR Bahasa Inggeris
Pn Fairuz bt Aziz dan Pn Hasnah bt Jusoh
114 orang
3.

UPSR Sains

En Mohd Fauzi b. Hashim
105 orang


4.

UPSR Matematik
En Zubir b. Ghazali
137 orang
5.

PMR Bahasa Inggeris
Pn Siti Jawahir bt. Skh Abu
47 orang

6.

PMR Sains
En Shariff bin Mustaffa
27 orang
7.

PMR Matematik
Pn Roziyah bt Din
37 orang
8.

SPM Sains
En Mokhtar b. Arshad

36 orang
9.

SPM Bahasa Inggeris
Pn Rozita bt Rashid
44 orang
10.

SPM Matematik
Pn Zainiyah bt Ismail
37 orang
11.

STPM Bahasa Melayu
En Badrul Hisham b. Zakaria
58 orang
12.

STPM Pengajian Am
En Abdul Manaf b. Hassan
72 orang


























Pesta Buku Perlis 2012


Pesta Buku Perlis merupakan program tahunan Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis dengan kerjasama Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. (BAKERP). Bagi tahun 2012, Pesta Buku Perlis telah berlangsung dengan jayanya pada 23-27 Februari 2012. Bagi memeriahkan pesta Buku Perlis, pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk menarik minat orang ramai ke Pesta Buku.

 Majlis perasmian Pesta Buku telah disempurnakan oleh Y.A.B Menteri Besar Perlis diwakilkan pada Y.B Dato’ Yazid Mat, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis pada 24 Februari 2012. Pesta Buku Perlis bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat negeri Perlis dan memperkenalkan buku terbitan daripada dalam dan luar negara dengan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh orang ramai. Di samping itu, ia bertujuan mempromosikan perkhidmatan perpustakaan dan menambahkan keahlian perpustakaan.


Di sepanjang pesta buku yang berlangsung dari 23-27 Februari 2012, pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya:

· Ceramah Agama

· Bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM

· Pameran permainan tradisional dari perpustakaan

· Pameran interaktif dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pejabat Perdagangan dalam negeri dan Kepenggunaan dan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Negeri Perlis

· Pertandingan Mewarna Kelab Membaca Sinar Pintar

· Pertandingan Karaoke Kelab Membaca Sinar Pintar

· Pertandingan Pakaian Beragam

· Bengkel Penyediaan Kek & Tart

· Bengkel Penulisan Minit Mesyuarat

· Lawatan Sambil Belajar dari sekolah-sekolah

· Promosi Kempen Daftar ahli (percuma)

· Sudut Permainan Ilmu.

Kesimpulannya, Pesta Buku Perlis 2012 mendapat sambutan yang baik di kalangan  masyarakat negeri Perlis. Ini dapat dilihat melalui sambutan yang menggalakkan melalui pertambahan keahlian perpustakaan, pertambahan jumlah pembekal buku, peningkatan jumlah pelajar sekolah mengadakan lawatan, peningkatan jumlah bengkel teknik menjawab peperiksaan dan pertambahan penyertaan peserta di dalam bengkel Kek, pertandingan Karaoke, pertandingan mewarna dan sebagainya.