Tahniah!!..

PANPs telah memenangi tempat pertama Pertandingan Gerai Tercantik sempena Jamuan Hari Raya Kerajaan Negeri Perlis pada hari sabtu, 17 September 2011 jam 8.00 malam bertempat di Dewan Warisan, Kangar Perlis. Terima kasih kepada Pn. Nifarina & The Geng kerana berhempas pulas bergotong royong selama dua hari dalam membina dan menghias gerai PANPs menjadi begitu indah dan cantik sekali..Segala usaha anda berbaloi dengan hadiah kemenangan berupa hamper makanan dan hadiah wang tunai RM500.00. Terima kasih kerana mengjulang nama PANPs..Tahniah..





Perarakan Kemerdekaan

16 September 2011 - PANPs telah menyertai kontijen perarakan sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 dan Hari Malaysia 2011. Semasa Raptai, kontijen PANPs dibahagikan kepada 2 kontijen iaitu Kontijen yang mewakili PANPs seramai 40 orang dan Kontijen mewakili KPKK seramai 10 orang. Semasa hari Perarakan semua kontijen perpustakaan adalah di bawah kontijen KPKK bersama jabatan-jabatan KPKK yang lain seperti Muzium, Kraftangan, Bernama, Kebudayaan, JASA, Penyiaran dan Penerangan. 

Perarakan Hari Kemerdekaan pada tahun ini telah ditangguh dan disambut serentak dengan Hari Malaysia pada 16 September 2011 bagi menghormati Aldilfitri yang jatuh pada 30 Septembber 2011


Meriahnya Sambutan Hari Raya Kelab Membaca Sinar Pintar, Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Program Hari Raya Kelab Membaca Sinar Pintar, Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah dijalankan dengan meriahnya pada 10 September 2011 (Sabtu), 8.00 pagi bertempat di Perkarangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Seramai lebih kurang 300 orang kanak-kanak serta kakitangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis datang berkumpul untuk memeriahkan program tersebut. Kanak-kanak dari seluruh pelusuk negeri Perlis yang mewakili perpustakaan Desa masing-masing datang seawal jam 8.00 pagi untuk menjayakan majlis tersebut. Ucapan aluan disampaikan oleh Pn. Machita Othman mengalu-alukan kedatangan semua ahli kelab. Selepas ucapan aluan, majlis disajikan dengan klip multimedia aktiviti Kelab Membaca Sinar Pintar yang memaparkan perjalanan aktiviti kelab sepanjang tahun 2011. Seramai 10 orang kanak-kanak membuat persembahan karaoke lagu bertema Hari Raya. Turut diadakan pada hari tersebut adalah Sayembara Deklamasi Puisi Sajak bertemakan Kemerdekaan dan tayangan filem. Majlis Jamuan Hari Raya diadakan pada pukul 12.00 tengah hari.

Turut diadakan bagi memeriahkan majlis adalah pertandingan gerai tercantik dan pakaian tercantik. Tema pada tahun ini adalah 'Zaman Kesultanan Melayu'. Kakitangan perpustakaan tidak ketinggalan untuk memakai pakaian ala-ala zaman kesultanan melayu seperti memakai baju kurung dan berkain batik di atas kepala, menyisip bunga di telinga, ada yang berpakaian seperti panglima hang tuah, pengawal, raja dan sebagainya. 













Jamuan Hari Raya BAKERP

Jamuan Hari Raya, Badan Kebajikan Sukan dan Rekreasi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah dijalankan dengan jayanya pada 8 September 2011 (Khamis), 11.00 pagi bertempat di Pekarangan Perpustakaan Kanak-Kanak, Kangar Perlis. Jamuan Hari Raya merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan pada setiap tahun bagi meraikan sambutan hari raya bersama ahli-ahli BAKERP yang merupakan kakitangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.

Pada tahun ini, persiapan makanan diadakan secara gotong royong apabila setiap kakitangan wanita dikehendaki untuk membawa peralatan seperti pisau pemotong untuk penyediakan makanan hari raya manakala kakitangan lelaki bergotong royong untuk persiapan tempat. Makanan utama adalah Mi Rebus disediakan oleh Pn. Norazliza (Kak Jah). Kak Jah diberi tugas untuk menyediakan kuah Mi rebus. Ketupat dan Rendang disediakan oleh Puan Yusnita (Kak Ta), Puding disediakan oleh Pn. Noor Hayati Hussin manakala lain-lain makanan dibawa sendiri oleh semua ahli BAKERP.

Majlis diserikan dengan acara cabutan bertuah bagi semua ahli BAKERP. Pada hari tersebut, semua ahli BAKERP berpeluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah cabutan bertuah seperti kicap, telur ayam, sos, gula, hamper makanan dan sebagainya. Aktiviti ini diadakan untuk memberi kelainan daripada tahun 2010 di mana diadakan acara pertandingan karaoke antara ahli BAKERP.