Majlis Jamuan Hari Raya Kelab Membaca Sinar Pintar, PANPs

Kelab Membaca Sinar Pintar, Perpustakaan Awam Negeri Perlis ingin menjemput orang ramai terutamanya kanak-kanak ke Program Hari Raya Kelab Membaca Sinar Pintar. Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan seperti 
1) Pertandingan Gerai Tercantik mengikut Zon (Tema : Zaman Kesultanan Melayu)
2) Pertandingan Baju Tercatik mengikut Tema : 'Zaman Kesultanan Melayu'
3) Persembahan kanak-kanak - Karaoke Hari Raya
4) Jamuan Hari Raya
5) Tayangan Filem

Ceramah Agama sempena Bulan Ramadhan

Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi (BAKERP) di bawah Biro Pendidikan & Lawatan telah menganjurkan ceramah agama bertajuk Kelebihan Ibadah Puasa dan perkara-perkara makruh yang boleh mengurangkan pahala puasa tanpa kita sedari' yang disampaikan oleh Ust. Hashim Othman Al-Hafiz. Majlis bermula seawal 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. semua kakitangan PANPs diwajibkan hadir.

Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk

Sempena menyambut bulan Ramadhan tahun ini, jawatankuasa BAKERP telah mengadakan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada kakitangan PANPs sebagai juadah berbuka puasa. Antara tujuan mengadakan aktiviti ini untuk menyemarakkan aktiviti BAKERP di bulan Ramadhan disamping menghulur kebajikan kepada kakitangan perpustakaan dengan memberikan bubur lambuk sebagai juadah berbuka. Gotong-royong memsak bubur lambuk ini diketuai oleh En. Dahlan Ismail manakala Pn. Norazliza Abdullah dilantik sebagai ketua tukang masak. Aktiviti ini dimulakan dengan penyediaan bahan mentah untuk memasak (merewang), penyediaan tempat masak, mengacau bubur lambuk dan pengagihan bubur lambuk kepada kakitangan. Aktiviiti ini berakhir sehingga pukul 5.00 petang.



Bonus/Duit Raya untuk Kakitangan Awam 2011

Alhamdulillah. Berita baik untuk semua penjawat awam kerana baru semalam dan hari ini di berita ada diumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang akan dibuat seawal-awalnya pertengahan bulan Ogos ini. Malah pemberian bonus ini juga turut melibatkan golongan pesara kerajaan yang juga bakal mendapat habuan sebanyak RM500. Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.


Sebelum ini Perdana Menteri ada mengumumkan bantuan hari raya kepada peneroka FELDA dan kini sudah tiba golongan kakitangan awam mendapatnya pula. Tambahan pula, ini sebagai menghargai sumbangan dan serta dedikasi penjawat awam kepada memudah dan menjayakan perlakasaan program pembangunan negara.
Sebelum ini terdapat juga pengumuman yang oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui menteri besarnya mengenai pengumuman pemberian duit raya kepada seluruh kakitangan kerajaan negeri sebanyak RM500 dan terdapat juga sumber-sumber yang dipercayai menyatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga bakal menurut jejak langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk membuat pengumuman pemberian bonus kepada kakitangan awamnya sebanyak RM600.
Apa pun adalah diharapkan semua kakitangan yang menerima duit bonus atau duit raya ini dapat memanfaatkan sepenuhnya pemberian ini dan sekurang-kurangnya dapat meringankan perbelanjaan menjelang musim perayaan tidak lama lagi.
p/s – Adakah kakitangan kontrak/sementara/sangkutan turut layak menerima bonus ini?
Sumber; Berita-berita arus perdana

Panduan Sembahyang Sunat Tarawih - JAKIM

Panduan sembahyang Sunat Tarawih ini dikeluarkan oleh JAKIM. kepada sesiapa yang berminat bolehlah download di sini


.