Tadarus Al-Quran 2011

BAKERP di bawah Biro Kebajikan akan menjalankan aktiviti Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan 1432H di Bilik Tayangan, Sumber Media, PANPs pada jam 8.30 pagi. Aktiviti ini dijalankan dengan bacaan ayat-alquran beramai-ramai bersama dengan alunan ayat al-Quran dari  vcd al-quran yang ditayangkan di slide. Selain itu, terjemahan Al-Quran juga dijalankan bagi memahami ayat Al-Quran tersebut. Program ini memberi kebaikkan kepada kakitangan PANPs kerana kakitangan bukan sahaja dapat membaca Al-Quran dengan betul tetapi dapat mempelajari isinya untuk mengetahui maknanya serta memahami hukum hakamnya. Semua kakitangan adalah dijemput.

Kenduri Kesyukuran & Majlis Sambut Bulan Puasa

Majlis Kenduri Kesyukuran sempena PANPS menjadi Juara sukan JKPKPKK telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Julai 2011, 11.00 pagi bertempat di Pekarangan PPANPs. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Yang Dipertua BAKERP, Pengarah PANPs dan seramai lebih kurang 20 warga PANPs. Antara menu utama adalah laksa Kuala Perlis, bihun goreng yang dimasak oleh Pn. Noor Hayati Hussin dan makanan ringan dari hamper yang diperolehi sempena Sukan JKPKPKK. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan kejayaan PANPs menjadi johan keseluruhan sukan JKPKPKK, kenduri sempena menyambut bulan puasa dan juga kenduri hamper yang dimenangi oleh pasukan PANPS untuk dikongsi bersama semua kakitangan PANPs.

Kamilah Juara

Kamilah Juara. Begitulah slogan yang sesuai bagi menggambarkan PPANPs johan sukan JKPKPKK. Majlis perasmian Penutupan dan penyampaian hadiah telah diadakan pada 29 Julai 2011 (Jumaat) pada pukul 8.30 malam bertempat di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis. Majlis diserikan dengan persembahan tarian dari Jabatan Kebudayaan, persembahan lakonan dari PPANPs, Dikir Barat dari JASA dan Persembahan nyanyian dari Jabatan Penyiaran Negeri Perlis. PPANPS telah dinobatkan menjadi juara Sukan JKPKPKK dan sekaligus menjadi tuan rumah bagi temasya tersebut pada tahun hadapan.

Peristiwa menarik sepanjang majlis tersebut :

1) Persembahan lakonan yang kreatif dari pasukan perpustakaan mendapat tepukan yang gemuruh. Persembahan lakonan daripada warga PPANPs yang menggambarkan permainan acara sukan JKPKPKK. Tahun depan buat yang lebih kreatif lagi ye Biro Kebudayaan..

2) Bagi acara Indoor Games, setiap pemenang bagi acara tersebut mendapat hadiah tempat pertama, kedua dan ke 3. Terima kasih kepada pihak JASA kerana menyediakan hadiah yang banyak Terima kasih kepada Y.A.B Menteri Besar Perlis kerana sudi menyumbangkan hadiah. Perpustakaan mendapat tempat ke-3 bagi acara dam aji. Tak sangka boleh dapat hadiah..terharuuu...

3) Pn. Pengarah PPANPs dan Timbalan Pengarah PPANPs sudi menghadirkan diri bagi memberi sokongan kepada pasukan PPANPs.

4) Dijangkakan penyertaan kakitangan bagi malam tersebut adalah seramai 300 orang, tetapi hanya segelintir sahaja yang datang. Kakitangan perpustakaan yang mempunyai bilangan 90 orang kakitangan hanya hadir sebanyak 25 orang sahaja. Makanan banyak yang membazir..sedih..

5) Jabatan Kebudayaan mempamerkan persembahan tarian yang mempersonakan. Terima kasih Jabatan kebudayaan. Tahun depan mai menari untuk majlis kami pulak ye.

6) Pasukan Perpustakaan menang bergaya tahun ini ye..terima kasih kepada semua kakitangan yang memberi sokongan..Terima kasih kepada En. Azman Ali kerana bendera perpustakaan baru disiapkan pada sebelah petang sebelum majlis bermula..Terima kasih kpd Bang Wan kerana buat dan cat sendiri banner Kamilah Juara..dan kepada semua yang hadir memberi sokongan diucapkan terima kasih..


KAMILAH JUARA!

Pasukan Bola Tampar dan Badminton PPANPs

Persembahan lakonan dari perpustakaan

Persembahan nyanyian dari Jabatan Penyiaran dan VIP yang hadir
Persembahan tarian dari Jabatan Kebudayaan & Dikir Barat dari JASA
Piala yang dimenangi

Majlis Bersama Pengarah sempena Persaraan Pengarah PPANPs

Majlis Bersama Pengarah sempena Persaraan Puan Hjh Norma bt. Mohd Darus, Pengarah PANPs telah diadakan pada 29 Julai 2011(Jumaat) 3.00 petang bertempat di Dewan Syarahan, PPANPs. Ianya dihadiri oleh warga PANPS. Ucapan aluan disampaikan oleh Tuan Hj. Muhammad Hj. Harun. Turut memberi ucapan adalah Puan Hjh Norma Mohd Darus. Dalam ucapannya beliau menyatakan bahawa beliau ditawarkan oleh Y.A.B Menteri Besar Perlis dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis untuk menyambung perkhidmatan secara kontrak sehingga umur 60 tahun tetapi masih lagi menunggu keputusan dari pihak PNM. Beliau turut menyatakan 29 Julai hingga 6 September 2011 merupakan tarikh beliau bercuti tetapi masih lagi melaksanakan tugas rasmi seperti lawatan bersama DYTM Raja Muda Perlis ke Sabah. Kami dari warga PANPs ingin mengucapkan selamat kembali berkhidmat PN. Hjh. Norma Mohd Darus. Beliau merupakan seorang pengarah yang dedikasi, cekap, bertanggungjawab dan cemerlang di dalam pentadbiran.