Program Mekar Puisi


Program Mekar Puisi merupakan anjuran bersama Dewan Bahasa & Pustaka dan PNMPerlis dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perlis. Program ini dijalankan pada 23 Jun 2012 bertempat di Pekarangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Program ini merupakan suatu program Pendidikan dan apresiasi sastera yang bertujuan untuk memperkenalkan warisan puisi melayu tradisional kepada kanak-kanak khususnya pelajar sekolah rendah supaya mereka berminat untuk mengenali, menghayati dan mencintai puisi-puisi Melayu tradisional antaranya pantun, syair, gurindam, nazam dan seloka.

Objektif progrm Mekar Puisi:
  • Memperkenalkan puisi tradisional kepada kanak-kanak khususnya di bandar dan luar bandar
  • Memberikan bimbingan secara praktikal kepada kanak-kanak supaya mengenali dengan lebih dekat jenis-jenis lagu puisi tradisional yang mempunyai irama yang khusus dan melatih mereka untuk melagukan puisi-puisi melayu tradisional tersebut.
  • Memupuk minat sejak dari awal lagi terhadap puisi melayu tradisional bagi memelihara warisan budaya bangsa.

Program Seronoknya Membaca merupakan suatu aktiviti bercerita yang disampaikan melalui pelbagai teknik, sama ada terus daripada buku atau dalam bentuk persembahan bneka, teater, teknik tampalan, bercerita menggunakan pelbagai alat seperti tali, belon, buah-buahan, kraf tangan disampaikan oleh pencerita secara individu atau berkumpulan dengan iringan muzik. Melalui sesi bercerita ini kanak-kanak berpeluang mendengar cerita melalui pelbagai bentuk persembahan yang dapat dikaitkan dengan cerita daripada buku dengan harapan kanak-kanak ini akan berminat dan seronok dengan aktiviti membaca buku. segmen kuiz dan kraf tangan juga diadakan untuk menguji kefahaman dan penghayatan serta kemahiran tangan bagi meningkatkan skil psiko halus dalam diri kanak-kanak.

Objektif program Seronoknya Membaca
  • Memupuk minat kanak-kanak supaya mencintai buku bermula dari peringkat awal lagi supaya mereka dapat menguasai kosa kata sebanyak mungkin untuk menjadi modal insan yang berpengetahuan
  • Memperkenalkan bahan bacaan yang bermutu kepada kanak-kanak termasuk buku cerita terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka supaya kanak-kanak dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan melalui hasil pembacaan ke arah memperkukuh jati diri bangsa
  • Menyediakan ruang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi, berkongsi pengalaman kreatif dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan bagi mengambarkan penghayatan mereka terhadap sastera kanak-kanak.
Pelbagai pengisian menarik sepanjang program seperti Persembahan Boneka Kumpulan Bercerita Kelip-Kelip DBP bertajuk Si Taring Kecil,  kuiz, belajar puisi, aktiviti kraf tangan pelajar tabika dan penyampaian sijil. Acara ini bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengah hari. Program ini wajar diadakan setiap tahun untuk menarik minat masyarakat bukan sahaja para pelajar malah para pendidik dan ibu bapa supaya ianya tetap terpelihara dan tidak melupakan budaya dan warisan orang melayu yang kaya dengan puisi ini.


No comments: