Laporan Mari Membaca 1Malaysia : Pesta Buku @ PANPerlis

Program Mari Membaca 1Malaysia : Pesta Buku @ PANPerlis telah berjaya dijalankan dengan lancarnya pada 17 Februari - 23 Februari 2011. Program ini merupakan program tahunan anjuran Badan Kebajikan Sukan dan Rekreasi PANPerlis dengan sokongan Jabatan Perpustakaan Negara Negeri Perlis.

Pelbagai bahan bacaan boleh didapati sepanjang Pesta Buku berlangsung. Objektif diadakan program ini adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk memilih dan memperoleh bahan bacaan yang berkualiti serta terkini. Selain itu, ia bertujuan untuk meneruskan usaha-usaha merangsang dan mempromosikan budaya membaca di kalngan masyarakat.Program ini sekaligus membuktikan usaha perpustakaan untuk membentuk masyarakat dan rakyat yang membudayakan ilmu.

Jawatankuasa BAKERP telah meletakkan sasaran pengunjung yang melebihi jumlah penghujung tahun lepas. Oleh itu, pelbagai usaha telah dijalankan untuk merealisasikan impian tersebut antaranya mempromosikan program ini dari 'Pintu ke Pintu' sekolah, menambah jumlah bengkel teknik menjawab, jemputan mengadakan pameran dari agensi lain, mengadakan Pertandingan Mewarna dengan kerjasama Kelab Nuri Bank Rakyat, Pertandingan Karaoke Bintang Kecil dan sebagainya.

Selain daripada pameran dan jualan buku, pelbagai aktiviti yang bersesuaian untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa telah djalankan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Perpustakaan juga turut mengadakan Promosi Kempen Daftar Ahli supaya penganjuran Pesta Buku ini memberikan impak yang besar kepada peningkatan keahlian dan pengunjung perpustakaan.

Berikut adalah pengisian aktiviti yang telah dijalankan :

1) Jualan Buku daripada pembekal buku
Pelbagai buku pada harga murah dan berpatutan dijual sempena Pesta Buku ini. Turut mengambil bahagian seperti Karangkraf, Puncak Mas, Al-Ameen, Toko buku Cahaya Baru, Farana Books, Pustaka Union dan sebagainya.
Jualan Buku

2) Sudut Permainan Ilmu
Pelbagai permainan menarik dan berinfomasi telah dijalankan antaranya Teka Jumlah Muka surat Buku, Jom Mengeja (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Jawi), Permainan Putar-putar Ilmu, Pancing Soalan dan Permainan Puzzles (uji minda) telah dijalankan.Aktiviti-aktiviti ini  telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung-pengunjung Karnival Membaca 1 Malaysia: Pesta Buku@ PANPerlis. Dianggarkan lebih dari 700 orang pengunjung menyertai     aktiviti di Sudut Permainan Ilmu ini.
Setiap pengunjung yang menyertai  aktiviti di Sudut Permainan Ilmu ini akan memperolehi cenderamata melalui permainan yang mereka  sertai. Antara cenderamata yang diberikan ialah pen, buku-buku ilmiah, buku cerita kanak-kanak, majalah dan baucer buku untuk Teka Jumlah Muka surat Buku

3) Pertandingan Mewarna (4-12 tahun)
Pertandingan Mewarna adalah anjuran Kelab Membaca Sinar Pintar, Perpustakaan Awam Negeri Perlis dengan kerjasama Bank Rakyat.Pertandingan Mewarna terbahagi kepada tiga kategori iaitu Kategori A (10-12 tahun), Kategori B (7-9 tahun), kategori C (4-6 tahun). Syarat-syarat pertandingan adalah kanak-kanak dikehendaki untuk membuka akuan  atau membuat simpanan Bank Rakyat sebanyak RM10. Hadiah penyertaan berupa makanan ringan serta pensel warna adalah tajaan Bank Rakyat manakala 10 hadiah cenderahati dan 3 hadiah utama tajaan Jabatan Perpustakaan Negara Negeri Perlis. Tujuan diadakan pertandingan ini adalah untuk menggalakkan kanak-kanak menabung atau membuat simpanan di bank untuk masa hadapan mereka.

4) Pertandingan Karaoke Bintang Kecil (7-12 tahun)

Pertandingan Karaoke Bintang Kecil merupakan anjuran Kelab Membaca Sinar Pintar, Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Ia berlangsung dengan penuh meriahnya dengan penyertaan kanak-kanaki seramai 15 orang. Turut mengambil bahagian adalah peserta dari Kelab Membaca Sinar Pintar Perpustakaan Cawangan Simpang Empat yang dijemput sebagai artis undangan. Suasana majlis bertambah gamat dimana setiap peserta membawa ahli keluarga masing-masing untuk memberi sokongan dan semangat kepada mereka untuk bertanding.
5) Teknik Menjawab Peperiksaan UPSR, PMR, SPM
Pelbagai tips berguna dan teknik menjawab peperiksaan diajar kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM oleh guru-guru berpengalaman dan guru pakar. Bengkel ini diadakan selama 3 jam di Dewan Syarahan, Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Selain itu, setiap peserta disediakan makanan dan nota untuk keperluan mereka. diharap ilmu yang diberikan mendapat manfaat kepada para pelajar untuk menghadapi peperiksaan.

6) Ceramah


Selain daripada aktiviti kanak-kanak dan belia, turut diadakan aktiviti yang melibatkan penyertaan golongan dewasa seperti ceramah dan mendapat mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kakitangan kerajaan dan masyarakat luar. Berikut adalah tajuk ceramah yang dianjurkan.

6.1 Tajuk ceramah : Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tempat Kerja
Anjuran : Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Tarikh : 23 Feb 2011 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Syarahan, Perpustakaan Awam Negeri Perlis

6.2 Tajuk ceramah : Kesihatan dan Kekeluargaan
Anjuran : LPPKN
Tarikh :24 Feb 2011 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Syarahan, Perpustakaan Awam Negeri Perlis

6.3 Tajuk ceramah : Maulidul Rasul
Anjuran : PUSPANITA
Tarikh : 25 Feb 2011 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Syarahan, Perpustakaan Awam Negeri Perlis

6.4 Tajuk Bengkel : Bengkel Usahawanita & Peluang-Peluang Perniagaan (Wanita sahaja)
Anjuran : En. Irwan
Tarikh : 26 & 27 Feb 2011
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Tayangan, Aras Atas, Perpustakaan Awam Negeri Perlis

6.5 Tajuk Ceramah : Langkah Awal Pencegahan Kanser Servik

Anjuran : En. Irwan Ismail
Tarikh : 26 & 27 Feb 2011
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Tayangan, Aras Atas, Perpustakaan Awam Negeri Perlis


6.6 Tajuk Ceramah : Bengkel anggun Wanita Muslimah
Anjuran : Kolej Komuniti Arau, Perlis
Tarikh : 26 Februari 2011
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Dewan Syarahan, Perpustakaan Awam Negeri Perlis


7) Lawatan Sambil Belajar Sekolah


Pelbagai aktiviti menarik sepanjang aktiviti Lawatan Sambil Belajar seperti taklimat, lawatan ke setiap bahagian perpustakaan, lawatan ke tempat jualan buku, pameran, dapat menyertai aktiviti sudut permainan ilmu, pendaftaran menjadi ahli perpustakaan dan sebagainya. Melalui lawatan ini, para pelajar didedahkan tentang perkhidmatan perpustakaan dan kemudahan-kemudahan yang disediakan.


8) PAMERAN JABATAN








No comments: