Seramai lebih kurang 20 orang kakitangan (ahli BAKERP) terlibat dalam Kelas Tarian yang diadakan pada 14-29 Dis 2015 selama 10 hari. Melalui program ini, para peserta didedahkan tarian Zapin, Inang dan Joget. Ianya dikendalikan oleh Encik Mohamad Salleh dari Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Perlis.
Perlawanan Bola Sepak dan Futsal Persahabatan setiap minggu
Perpustakaan Awam Negeri Perlis di bawah Biro Sukan telah menyertai pelbagai Perlawanan Bola Sepak dan Futsal Persahabatan (setiap minggu). Jabatan-jabatan yang terlibat perlawanan persahabatan sepanjang tahun 2015 seperti Matrikulasi, Politeknik, AADK, Pertanian dan IPGM.
Kakitangan lelaki yang ingin sertai adalah dialu-alukan.Kayuhan Maips Peduli bersama DYTMTuanku Raja Muda Perlis
Mewakili Perpustakaan Awam Negeri Perlis bersama 3 kakitangan yang lain menyertai Kayuhan Maips Peduli bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis pada 22 November 2015. Kayuhan basikal bermula dari pekarangan Masjid Putra ke beberapa lokasi pilihan dan berakhir di Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Turut diadakan Kempen Kutip Buku Agama untuk Perpustakaan Pekan Arau, Perlis.
Sukaneka Bersama Keluarga sempena Program Syoknya ke Perpustakaan
Biro Tugas-tugas turut terlibat dalam membantu pelaksanaan aktiviti sukaneka Bersama Keluarga Program Syoknya ke Perpustakaan anjuran Perpustakaan Awam Negeri Perlis pada 19 Disember 2015. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk pengguna perpustakaan dan kakitangan perpustakaan seperti Pertandingan Tumbuk Garam Belacan (kakitangan lelaki) dan pertandingan Masakan Nasi Lemak + Lauk (Kakitangan Wanita). Lain-lain aktiviti seperti kerusi muzik, boling nyok, musang berjanggut, timbang bola, tiup belon, tuju kasut, lambung kasih, pertandingan mewarna, cabutan bertuah dan lain-lain.
Lawatan Kontektual @ Langkawi sempena Kursus Professionalisma kakitangan perpustakaan Awam Negeri Perlis.
BAKERP melalui Biro Pendidikan & Lawatan terlibat dalam menguruskan aktiviti lawatan Kontektual @ Langkawi pada 8 November 2015 sempena Kursus Professionalisma kakitangan perpustakaan Awam Negeri Perlis pada 6-8 November 2015. Melalui lawatan ini, ahli BAKERP dibawa menaiki bot menyusuri sungai bagi melawat beberapa tempat menarik di Langkawi seperti Gua Kelawar, formasi gua, sangkar ikan, melihat burung helang dan habitat monyet, Kilim Geoforest Park dan laut Andaman.
Subscribe to:
Posts (Atom)















