Pesta Pantun Terbuka Negeri Perlis

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis melalui Biro Kebudayaan telah menghantar 1 kumpulan Pemantun yang  diwakili oleh Pn. Haizatul Afni Bakhtiar, Pn. Hasniza Ibrahim, Pn. Noorhayati Husin dan Pn. Noraishah Othman menyertai Pesta Pantun Terbuka Negeri Perlis pada 18 Sep 2015 anjuran Jabatan Kebudayaan Negara Negeri Perlis. Kumpulan ini diberi nama sebagai Khutub Khanah. Sebanyak 7 kumpulan mengambil bahagian iaitu  JPJ, Rumah Seri Kenangan, Uitm, Kolej Jururawat, IPG dan NGO. Perpustakaan telah melakar kejayaan dengan muncul Johan pertandingan dan Pn. Haizatul Afni Bakhtiar dinobatkan sebagai Pemantun Terbaik.




Pertandingan Treasure Hunt

BAKERP telah menghantar 4 orang peserta bagi menyertai pertandingan Treasure Hunt yang dianjurkan oleh UNIMAP pada 14 Sep 2015. Sebanyak 43 pasukan menyertai pertandingan tersebut. Para peserta diberikan masa sebanyak lima jam 30 minit untuk menyelesaikan 50 soalan dan perlu mendapatkan klu di sekitar negeri Perlis. Sepanjang pertandingan, para peserta dikehendaki menyelesaikan beberapa cabaran seperti “What You See Is What You Get”, Soalan Bertema, Pencarian Harta, serta cabaran-cabaran fizikal di checkpoint utama termasuk permainan lapangan Woodball di Pusat Sukan UNIMAP dan aktiviti bertemakan kemerdekaan di Kampus UniCITI Alam, Sg Chuchuh.


Koir Kemerdekaan “Sehati Sejiwa”

Seramai 10 orang kakitangan terlibat persembahan koir sempena hari kemerdekaan yang ke 58 peringkat negeri Perlis pada 31 Ogos 2015. Persembahan koir bertemakan “Sehati Sejiwa”. Program ini anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Kumpulan koir ini menciptakan rekod peserta yang paling ramai iaitu seramai 500 orang di negeri Perlis.


Pinjaman Wang Ahli BAKERP

BAKERP melalui Biro Kebajikan telah melaksanakan Pinjaman Wang Ahli BAKERP berjumlah RM500.00 (maksimum) berkuatkuasa bulan Ogos 2015. Pinjaman ini bertujuan untuk   meringankan beban masalah ahli BAKERP yang mempunyai sebab-sebab kecemasan sahaja.    Pinjaman ini tidak bertujuan untuk menyelesaikan masalah ahli tetapi meringankan masalah sahaja. Pinjaman yang diberikan bukanlah seperti pinjaman bank, pinjaman koperasi dan sebagainya tetapi pinjaman duit ahli-ahli BAKERP melalui akaun wang BAKERP kepada ahli-ahli yang memerlukan      berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan (Rujuk syarat-syarat). 


Majlis Berbuka Puasa & Solat Terawih

Majlis Berbuka Puasa & Solat Terawih diadakan pada 10 Julai 2015 buat julung-julung kalinya. Program dimulakan dengan majlis berbuka puasa, sembahyang maghrib, bacaan yassin, solat isyak, solat terawih dan morei.

En. Rashid Haron diberi tanggungjawab sebagaii imam solat dan bacaan yassin sepanjang program tersebut. Solat diadakan bahagian rujukan tingkat atas manakala majlis berbuka puasa di pekarangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Majlis bersurai pada jam 10 malam.