Hari Keluarga 2014 @ Gua Kelam Perlis

Alhamdulillah,

Hari Keluarga 2014 Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis berjalan dengan lancar. Hari Keluarga ini diadakan pada 1 Mac 2015 (Ahad) di Gua Kelam Perlis. Seramai 200 orang kakitangan serta keluarga hadir memeriahkan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat yang memeriahkan. Terima kasih kepada semua jawatankuasa yang membuat kerja bertungkus lumus menjayakan program ini. 

Terima kasih juga kepada ahli-ahli yang hadir memeriahkan. Sekiranya tiada toleransi dan kerjasama  antara dua pihak iaitu ajk dan ahli semuanya tidak akan berhasil. Pelbagai aktiviti diadakan pada hari tersebut seperti mewarna untuk anak-anak kakitangan, sukaneka, beriadah, cabutan bertuah, sambutan hari lahir, majlis penyampaian pertandingan boling dan sebagainya.














































Lawatan Benchmark Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Ke Perpustakaan Awam Negeri Selangor

Seramai 40 orang kakitangan sertai lawatan ini pada 25 dan 26 April 2015. Peserta diberikan taklimat oleh pegawai bertugas iaitu En Norazhan Sahlan tentang Perpustakaan Awam Negeri Selangor. Peserta kemudian dibawa melawat ke bahagian dalam perpustakaan antaranya ialah Book Wall dan Koleksi Selangor.
Objektif lawatan adalah meninjau dan meneroka suasana pesta buku yang berskala besar, mendapatkan gambaran tentang konsep, aktiviti dan perlaksanaan pesta buku untuk diaplikasikan di perpustakaan negeri dan sesi pemilihan buku.
Faedah lawatan kepada kakitangan adalah perkongsian maklumat di Perpustakaan Awam Selangor seperti Perancangan perpustakaan, Kemudahan, Aktiviti dan Perkhidmatan, Prosedur perpustakaan, Teknologi dan gajet


Karnival Buku Perlis 2015 kembali lagi. Jom pakat-pakat sertai aktiviti dan memeriahkan!


Karnival Buku Perlis 2015
Tarikh : 24 Mac 2015 - April 2015
Masa : 9.00 pagi - 10.30 malam
Tempat : Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Anjuran : Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis & Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Kerjasama : Jabatan Pelajaran Negeri Perlis & Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis
Maklumat lanjut : Sila klik! Karnival Buku Perlis 2015

Para pengunjung dijemput hadir. Pelbagai buku pada harga murah dan berpatutan disediakan. Tidak lupa juga aktiviti-aktiviti sepanjang karnival berlangsung. Anda dijemput hadir memeriahkan!

Pelbagai aktiviit menarik diadakan sepanjang karnival antaranya: