PERTANDINGAN BAKAT LAGU 60 AN

Pertandingan Bakat Lagu 60 an

Tarikh : 16 Dis 2016 (final) 14 Dis 2016 (saringan)
Masa : 2.00 ptg – 6.00 ptg
Tempat : Auditorium, Perbadanan Perpustakaan Awam Kangar, Perlis
Peserta : 4 kanak-kanak , 11 dewasa + 100 penonton
Anjuran : Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis dengan kerjasama Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.


Pertandingan Bakat Lagu 60 an diadakan dengan jayanya melibatkan penyertaan 4 orang kanak-kanak dan 11 dewasa. 1 peserta kanak-kanak dan 1 peserta dewasa menarik diri di saat-sat akhir.  Format pertandingan adalah nyanyian secara solo sambil diiringi muzik band. Sebahagian peserta sahaja menggunakan minus one. Objektif pertandingan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara peserta dan mencungkil bakat-bakat terpendam dan juga bakat-bakat baru

Berikut adalah nama pemenang:

Kategori Kanak-Kanak

1.      Sharifah Nur Adibah Bt. Syed Nizamuddin (Johan) memenangi peralatan lektrik & wang tunai RM50
2.      Ilia Nabilah Bt. Salim (Naib Johan) memenangi peralatan lektrik & wang tunai RM30
3.      Nur Dina Athirah Mohamad (Tempat ke 3) memenangi peralatan lektrik & wang tunai RM20
4.      Putri Nur Batrisya Bt. Anuar memnangi peralatan lektrik


Kategori Dewasa

1.      Puan Noraza Bt. Halim (Johan). 
2.      Puan Noor Hayati Hussin (Naib Johan). 
3.      Puan Suzilawati. (Tempat ke tiga).
4.      Yang Mulia Tengku Nazim Bin Tg. Saminan. (Tempat ke 4).


2 Juri pertandingan adalah:

1.      Syed Syfaldin Bin Syed Hassan
2.      Haron Bin Abdul Rahman


Band muzik pengiring diketuai oleh:

 En. Kamal Chat dari Kg. Guar Syed Alwi.

























































Bakerp merangkul Anugerah Pengurusan Pertubuhan Berkualiti tahun 2016

Anugerah Pengurusan Pertubuhan Berkualiti tahun 2016
Tarikh : 10 Dis 2016
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Restoran Haji Sharin Low, Kangar, Perlis


Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (BAKERP) merangkul anugerah buat julung kalinya bagi Pengurusan Pertubuhan Berkualiti Tahun 2016 dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Perlis. Anugerah ini disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sempena MalamApresiasi Pengurusan Pertubuhan Berkualiti, JPPM pada 10 Dis 2016, 8.30 malam di Restoran Haji Sharin Low, Kangar, Perlis.


Yang Dipertua BAKERP, En. Mohd Azman Ali menyifatkan pengiktirafan tersebut adalah hasil gabungan usaha terbaik semua ahli BAKERP dan jawatankuasa yang bersama-sama memberi kerjasama dalam menerajui BAKERP selain dari bersatu hati, amanah dan jujur dalam menjalankan aktiviti dan program BAKERP dan perpustakaan. Turut sama mendapat anugerah tersebut adalah dari Jabatan Audit Negeri Perlis.



Tahniah diucapkan!












PERTANDINGAN PANTUN TERBUKA PERLIS




Pertandingan Pantun Terbuka Perlis 2016 berlangsung dengan jayanya pada 29 September 2016. Kumpulan pantun dari perpustakaan berjaya mendapat tempat ke-2 dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1000.00. Biro Kebudayaan dan beberapa kakitangan perpustakaan melatih kumpulan ini.