Bakerp merangkul Anugerah Pengurusan Pertubuhan Berkualiti tahun 2016

Anugerah Pengurusan Pertubuhan Berkualiti tahun 2016
Tarikh : 10 Dis 2016
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Restoran Haji Sharin Low, Kangar, Perlis


Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (BAKERP) merangkul anugerah buat julung kalinya bagi Pengurusan Pertubuhan Berkualiti Tahun 2016 dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Perlis. Anugerah ini disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sempena MalamApresiasi Pengurusan Pertubuhan Berkualiti, JPPM pada 10 Dis 2016, 8.30 malam di Restoran Haji Sharin Low, Kangar, Perlis.


Yang Dipertua BAKERP, En. Mohd Azman Ali menyifatkan pengiktirafan tersebut adalah hasil gabungan usaha terbaik semua ahli BAKERP dan jawatankuasa yang bersama-sama memberi kerjasama dalam menerajui BAKERP selain dari bersatu hati, amanah dan jujur dalam menjalankan aktiviti dan program BAKERP dan perpustakaan. Turut sama mendapat anugerah tersebut adalah dari Jabatan Audit Negeri Perlis.



Tahniah diucapkan!












PERTANDINGAN PANTUN TERBUKA PERLIS




Pertandingan Pantun Terbuka Perlis 2016 berlangsung dengan jayanya pada 29 September 2016. Kumpulan pantun dari perpustakaan berjaya mendapat tempat ke-2 dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1000.00. Biro Kebudayaan dan beberapa kakitangan perpustakaan melatih kumpulan ini.







HARI KEBANGSAAN KE 59

 Beberapa kakitangan PPANPs (wanita)  terpilih untuk terlibat menyertai koir Hari Kebangsaan yang ke 59 pada 31 Ogos 2016. Kakitangan lelaki terlibat dengan perbarisan.






KAYUHAN SINGGAH SANTAI MERDEKA



Kayuhan Singgah Santai Merdeka sempena Hari Kebangsaan ke 59. Dalam majlis tersebut, En. Kamarulzaman dari PNM berbasikal dari Georgetown ke Perlis sejauh 270 KM bagi menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pengarah PPANPs.








Tadarus Al-Quran 2016

Tadarus Al-Quran anjuran BAKERP merupakan aktiviti tahunan sepanjang bulan Ramadan. Ianya dijalankan pada setiap hari, 8.30 pagi - 9.00 pagi. Aktiviti ini dijalankan dengan bacaan ayat-alquran kakitangan perpustakaan bersama dengan alunan ayat al-Quran dari  vcd al-quran yang dipaparkan di slide. 

Selain itu, terjemahan Al-Quran turut dibacakan bagi memahami ayat Al-Quran tersebut. Program ini memberi kebaikkan kepada kakitangan PANPs kerana kakitangan bukan sahaja dapat membaca Al-Quran dengan betul tetapi dapat mempelajari isinya untuk mengetahui maknanya serta memahami hukum hakamnya.