Pembinaan garisan gelanggang bola tampar di pekarangan belakang perpustakaan telah dilaksanakan. Kakitangan yang terlibat dalam pembinaan tersebut adalah En Masri, En. Dahlan, En. Husni Zaim, En. Wan Norasmizan dan En. Nazri. Dengan terlaksananya gelanggang bola tampar tersebut, kakitangan perpustakaan kini tiada halangan untuk bermain bola tampar untuk aktiviti riadah dan sebagai latihan.
Aktiviti Kecergasan gym setiap minggu
Aktiviti (gym) turut diadakan pada setiap minggu sepanjang tahun. Kakitangan lelaki yang berminat dialu-alukan.
Kayuhan Bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis
Melalui program ini, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs mengetuai progam dengan mengayuh basikal bersama para pemimpin dan ketua-ketua jabatan negeri bertemu rakyat di serata kampung dengan memberi bantuan berupa hamper makanan dan wang zakat kepada asnaf-asnaf terlibat. Biro Sukan BAKERP turut terlibat.
Kelas Asas Tarian
Seramai lebih kurang 20 orang kakitangan (ahli BAKERP) terlibat dalam Kelas Tarian yang diadakan pada 14-29 Dis 2015 selama 10 hari. Melalui program ini, para peserta didedahkan tarian Zapin, Inang dan Joget. Ianya dikendalikan oleh Encik Mohamad Salleh dari Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Perlis.
Perlawanan Bola Sepak dan Futsal Persahabatan setiap minggu
Perpustakaan Awam Negeri Perlis di bawah Biro Sukan telah menyertai pelbagai Perlawanan Bola Sepak dan Futsal Persahabatan (setiap minggu). Jabatan-jabatan yang terlibat perlawanan persahabatan sepanjang tahun 2015 seperti Matrikulasi, Politeknik, AADK, Pertanian dan IPGM.
Kakitangan lelaki yang ingin sertai adalah dialu-alukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)












