Kakitangan Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis yang diwakili seramai lebih kurang 25 orang kakitangan mengadakan persembahan tarian, nyanyian dan sketsa sempena Persaraan Ketua Pengarah PNM, Ybhgia Dato’ Raslin Abu Bakar. Persembahan yang berwarna warni dan meriah itu turut mendapat pujian dan penghargaan daripada kakitangan yang lain. Selamat bersara kepada Tuan Pengarah PNM dan tahniah kepada kakitangan PNMPerlis atas persembahan yang menarik!
Majlis bacaan Yassin
Bakerp telah menganjurkan majlis bacaan Yassin beramai-ramai pada 23 Julai 2014 yang dihadiri oleh kakitangan PNMPerlis bersempena bagi memperingati pemergian anak kapal dan penumpang pesawat MH17 yang terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia. Selain itu, bacaan doa bagi memohon keamanan dan kesejahteraan Negara serta saudara semuslim yang terkorban akibat peperangan di Palestin. Bacaan Yassin ini dipimpin oleh En. Rashid Harun, pembantu Perpustakaan Cawangan Kuala Perlis.
CERAMAH MOTIVASI “PENGARUH MEDIA SOSIAL DAN KESANNYA”
BAKERP telah menganjurkan ceramah motivasi bertajuk “Pengaruh Media Sosial dan Kesannya” yang disampaikan oleh YBhg Dr. Hj. Huzili Hussin, penceramah dari Universiti Malaysia Perlis pada 11 Julai 2014. Menerusi ceramah tersebut, kakitangan perpustakaan diberi pendedahan tentang pengaruh negatif media sosial menerusi facebook yang kadangkala tidak sahih dan tidak tahu sumbernya yang boleh mengakibattkan Negara menjadi huru hara dan tidak aman. Selain itu, penceramah turut menyelitkan mengenai amalan-amalan yang perlu dilakukan pada bulan Ramadhan.
Tadarus Al-Quran
Tadarus Al-Quran anjuran BAKERP merupakan aktiviti tahunan sepanjang bulan Ramadan. Aktiviti ini dijalankan dengan bacaan ayat-alquran kakitangan perpustakaan bersama dengan alunan ayat al-Quran dari vcd al-quran yang dipaparkan di slide. Selain itu, terjemahan Al-Quran turut dibacakan bagi memahami ayat Al-Quran tersebut. Program ini memberi kebaikkan kepada kakitangan PANPs kerana kakitangan bukan sahaja dapat membaca Al-Quran dengan betul tetapi dapat mempelajari isinya untuk mengetahui maknanya serta memahami hukum hakamnya.
Majlis Persaraan Tuan Haji Muhammad
Majlis Persaraan Tuan Haji Muhammad Haji Harun telah diadakan pada 22 Jun 2014, 8.00 malam di Hotel Putra Palace. Pada majlis tersebut, Tuan Pengarah diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dan amanat terakhir beliau kepada kakitangan Peroustakaan Awam Negeri Perlis. Selamat bersara Tuan Haji Muhammad
Subscribe to:
Posts (Atom)





















