TRAINING FOR TRAINERS “ MINAT MENGUASAI BAHASA INGGERIS”


Bengkel ini merupakan anjuran Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd dengan kerjasama PNM Perlis. Bengkel ini dijalankan dengan jayanya pada 2 Oktober 2013Melalui bengkel ini, para peserta didedahkan dengan kaedah dan teknik-teknik untuk menarik dan memupuk minat murid-murid di sekolah dan kawasan sekitar perpustakaan mempelajari bahasa inggeris dengan cara yang lebih menarik. Antara kaedah yang digunakan seperti:

A) Outline of story and presenting it as a drama
B) Sing along activity
C) Word building / word search game
D) storytelling

PROGRAM MERAKYATKAN SENI & BUDAYA (PMS) KHAS PILIHANRAYA “SAYANGI PEMIMPIN”


Program Merakyatkan Seni & Budaya (PMS) Khas Pilihanraya “Sayangi Pemimpin” merupakan anjuran Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Perlis yang berlangsung pada 29 September 2012. Dengan kerjasama jabatan di bawah KPKK.  PNM Perlis telah dilantik sebagai  urus setia J/kuasa Permainan tradisional seperti dam aji, karom, batu tujuh, congkak dan acara bola sepak menggunakan kain pelekat. PNM Perlis turut dijemput untuk mengadakan program galakan membaca dan kempen daftar ahli perpustakaan.
 

 

PROGRAM GALAKAN MEMBACA & KEMPEN DAFTAR AHLI


PNM Perlis bekerjasama dengan Perpustakaan Negara Malaysia dalam menjayakan Program Pesta Pendidikan Berita Harian di SMK Arau pada 29 September 2012.  PNMPerlis melalui skuad Promosi telah menjalankan pelbagai aktiviti antaranya :

) Kempen daftar ahli perpustakaan (percuma)
II)Pameran buku dan rangkaian perpustakaan
III) Kuiz
IV) Putar-putar ilmu
V) Jualan buku
VICelik IT bersama bas e-Pustaka

 

PROGRAM GALAKAN MEMBACA & KEMPEN DAFTAR AHLI @ SK KAYANG


PNMPerlis melalui Skuad Promosi Perpustakaan dengan kerjasama petugas Perpustakaan Zon Kangar dijemput untuk mengadakan aktiviti sempena Sambutan Hari Kokurikulum dan Hari Pusat Sumber Sekolah pada 26 September  2012. Pelbagai aktiviti diadakan untuk mempromosikan galakan membaca antaranya:

I) Kempen daftar ahli perpustakaan (percuma)
II)Pameran buku dan rangkaian perpustakaan
III) Aktiviti jejak maklumat
IV) Aktiviti bijak matematik
V)Celik IT bersama bas e-Pustaka

 

KARNIVAL MEMBACA 2012 & PELANCARAN SISTEM PENGURUSAN ILMU


Karnival Membaca 2012 & Pelancaran Sistem Ilmu dijalankan dengan jayanya pada 21 September 2012 bertempat di Perpustakaan Cawangan Simpang Empat. Objektif karnival ini adalah memperkukuhkan kesedaran dan penghayatan masyarakat terhadap kepentingan ilmu dan maklumat, memperkenal dan mempromosi pelbagai perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat luar bandar, meningkatkan kesedaran dan tahap literasi maklumat kepada masyarakat dan mewujudkan jaringan kerjasama antara badan kerajaan, NGOs, Pusat Dalam Komuniti (PDK) serta lain-lain pertubungan di negeri Perlis.

Bagi mencapai objektif tersebut, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Majlis penyampaian hadiah kepada  pengguna aktif PD Cawangan Arau dan  PC Simpang Empat, aktiviti i-Play toy library, pameran Tun Dr. Mahathir  (Ikon Membaca Kebangsaan), pertandingan gubahan hantaran dan masakan pulut kuning, kempen daftar ahli perpustakaan, sudut permainan ilmu, pameran jabatan, pemeriksaan kesihatan, jualan buku, mini sukaneka, celik it, semarak jawi dan sebagainya.