HARI BERTEMU PELANGGAN & SAMBUTAN MERDEKA RAYA


Sempena Sambutan Hari Raya, PNMPerlis telah menganjurkan Program Hari Bertemu Pelanggan dan Sambutan Merdeka Raya pada 7 September 2012. Program ini memberi peluang kepada pengguna untuk bersemuka secara terus bagi berbincang dan memberi maklumbalas tentang perkhidmatan perpustakaan. Disamping itu, program ini menjadi saluran penyelesaian masalah pelanggan dan pengaduan awam berkonsepkan mesra pelanggan. Pengguna yang hadir pada hari tersebut turut diraikan dengan majlis sambutan merdeka raya. Antara pengisian program:

I) Kata Aluan Pengarah PNM Perlis
II) Pertandingan Pakaian Berhias bertemakan “Genre Filem P-Ramlee”
III) Pertandingan gerai tercantik bertemakan “Genre Filem P-Ramlee”
IV) Hari Bertemu Pelanggan & Kempen daftar ahli
V) Perjumpaan Kanak-Kanak Kelab Membaca Sinar Pintar dan aktiviti membaca bersama
VI) Jamuan Hari Raya
VII) Persembahan Multimedia
VIII) Sambutan Hari Lahir Kakitangan







 

PERARAKAN KEMERDEKAAN


Sempena Kemerdekaan ke 55, PNMPerlis turut terlibat dalam perarakan Hari Kemerdekaan. Seramai 55 kakitangan PNMPerlis terlibat perarakan kontinjen tersebut. Kontinjen PNMPerlis turut memperkenalkan ikon Membaca Kebangsaan, Tun Dr. Mahathir , perarakan bas e-pustaka, serta pemberian buku secara percuma kepada orang ramai di sepanjang jalan. Setiap kontinjen dikehendaki berkumpul seawal jam 7.30 pagi untuk berarak sejauh 1 kilometer. DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Perempuan Muda Perlis sudi mencemar duli menghadiri perarakan tersebut.

 

PENGKISAHAN SEJARAH 2012; “PAHLAWANKU : NUBARI YANG TERLUKA”


Program ini diadakan pada 28 Ogos 2013 sempena bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke 55 merupakan ajnuran kerjasama PNM Perlis dan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Perlis. Program ini dirasmikan oleh YB Speaker Dewan Undangan Negeri.Perlis.  Panel khas yang terdiri daripada bekas-bekas anggota tentera dijemput untuk berkongsi pengalaman-pengalaman mereka berjuang pada zaman insurgensi dahulu. Panel Lt. Kol (B) Basri Haji Omar (PGB) menceritakan pengalaman belaiu sebagai salah seorang tentera di Unit Pemosnah Bom, Mejar (B) Nor Ibrahim Sulaiman (TUDM) menceritakan suka-duka sebagai seorang juruterbang pesawat Nuri. Mejar (B) Ishak Mohd Isa menceritakan tentang operasi yang dilaluinya terutama Ops Gubir. Turut menjayakan program adalah En. Lokman Mahmud, Pengarah Jab. Penerangan Negeri Perlis yang bertindak sebagai moderator program.

Di akhir program,  para peserta diberi peringatan sebagai seorang anak merdeka kita haruslah menghargai nikmat sebuah kebebasan yang kita miliki hari ini thasil itik peluh dan tumpah darah pejuang terdahulu

 

Kursus Induksi

Seramai 13 orang kakitangan PNM Perlis telah mengikuti Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (SSM) Modul Khusus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan Bil. 1/2012 yang telah diadakan di Perpustakaan Negara Malaysia pada 17 hingga 20 Julai 2012.

Kursus ini wajid diikuti untuk tujuan pengesahan dalam perkhidmatan selain dari peperiksaan bagi setiap penjawat awam. Pengesahan dalam perkhidmatan dapat diperakukan dalam tempoh percubaan 1 hingga 3 tahun.


CERAMAH AGAMA “KEBERKATAN RAMADHAN AL-MUBARAK”


Ceramah agama ini diadakan pada 3 Ogos 2012 disampaikan oleh Ustaz Zawaria  Ahmad daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis. Ceramah yang disampaikan adalah berkisar mengenai Kemuliaan dan keberkatan di bulan Ramadhan dan bagaimanakah untuk mengerjakan ibadah puasa dengan lebih afdal. Ceramah ini merupakan anjuran Badan Kebajikan Sukan dan Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.