Program Merakyatkan Seni & Budaya Komuniti 1 Malaysia “Sentuhan Pemimpin” merupakan anjuran Jabatan Kebudayaan , Kesenian Negeri Perlis dengan kerjasama agensi di bawah kementerian KPKK. Program ini berlangsung pada 17 Mac 2012 bertempat di Sekolah Menengah Abi, Kangar, Perlis. Turut hadir adalah Y.A.B Menteri Besar Perlis iaitu Dato' Seri Dr. Md. Isa b. Sabu bersama barisan exco negeri Perlis yang lain. Y.A.B Menteri Besar Perlis sempat meninjau dan beramah mesra dengan penduduk kampung dengan menunggang basikal diiringi bersama para pemimpin yang lain. Ini menunjukkan bahawa pemimpin kita berhati mulia dan berjiwa rakyat dengan mendekati masyarakat luar bandar selaras dengan gagasan 1 Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Perpustakaan yang merupakan agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dilantik sebagai urur setia Pertandingan Permainan Tradisional seperti congkak, dam aji, karom, batu 7 dan sepak raga. Selain dari itu, perpustakaan turut mengadakan pertandingan tulisan khat menggunakan bingkai dan mempromosikan perpustakaan dengan mengadakan pameran dan kempen daftar ahli perpustakaan.
No comments:
Post a Comment