Kata Aluan


KATA ALUAN YANG DIPERTUA BAKERP (PEMANGKU
PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS

Yang dihormati Puan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Pn. Machita Othman merangkap Penasihat BAKERP, PPANPs,
Pegawai-pegawai, penolong pegawai, ajk dan ahli BAKERP yang saya hormati sekalian.
Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapatlah kita berkumpul sekali lagi sempena Mesyuarat Agung Ke-14 tahun 2016 BAKERP. Alhamdulillah kita berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun ini lebih awal sebelum berakhirnya bulan Jun , seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan BAKERP dan sebelum Program Karnival Buku Perlis 2016.

Tuan-tuan dan Puan-puan
Semasa saya mengambil alih jawatan Pemangku BAKERP pada tahun 2015, memang menjadi hasrat saya untuk memastikan segala perjalanan aktiviti BAKERP adalah berlandaskan sebagaimana yang diterajui oleh Yang Diterajui oleh Yang Dipertua BAKERP tahun sebelumnya. Dari era YDP Tuan Haji Muhammad Haji Harun sehinggalah  era Puan Machita Othman sebagai Yang Dipertua.

Untuk makluman semua, Pada tahun 2015, kita telah mendapat keuntungan l Karnival Buku Perlis. Melalui pendapatan ini, kita telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti majlis makan malam, sumbangan kebajikan, derma, cenderahati BAKERP spt tshirt, cenderahati hari lahir, jamuan hari raya, majlis berbuka puasa & solat terawih, Lawatan Kontektual di Langkawi sukan dan yang terbaru Pinjaman Wang Ahli BAKERP serjumlah RM500 (Maksimum) kepada 10 orang ahli.

Diharap, ahli-ahli BAKERP memberi lebih sumbangan idea dan tenaga untuk menjana pendapat BAKERP kerana pendapatan kita hanya terhad kepada Karnival Buku Perlis sahaja.

Untuk makluman semua, Pada tahun ini, Karnival Buku Perlis akan melalui pelbagai cabaran kerana mendapat teguran dari audit. Dan kita akan membuat sehabis baik mungkin untuk tidak menyalahi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.  Diharap AJK yang akan dilantik dapat menerajui BAKERP dengan lebih baik.
Bak kata pepatah : Semoga hari ini lebih baik dari kemarin dan hari esok lebih baik lagi dari hari ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Tuan-tuan dan puan-puan bolehlah melayari laman blog BAKERP dari masa ke semasa untuk mengetahui aktiviti BAKERP dan maklumat terkini. Saya berharap laman blog ini dapat memberi manfaat kepada ahli. URL : kelabbakerp.blogspot.com

Terima kasih juga kepada tuan/tuan dan puan atas cadangan yang diberikan dalam borang BAKERP tempoh hari. Sebahagian aktiviti yang dicadangkan telah dilaksanakan. Sebahagian lagi akan dilaksanakan dan kita akan berikan mandat ini kepada ahli jawatankuasa lantikan baru. Seperti contoh, menambah pendapatan menerusi mesin air..kita telah mendapatkan no. contact orang yang incharge. Menambah pendapatan menerusi katering pun telah dilaksanakan, dan mungkin kita akan teruskan dengan melalui pembekal katering yang lebih berkualiti. Diharap jawatankuasa lantikan yang baru dapat menggalas tanggungjawab tersebut. Untuk makluman semua, kejayaan sesuatu kelab bukan hanya terletak pada jawatankuasa semata-mata tetapi pada ahli-ahli juga. Umpama sepohon pokok yang rimbun di sekeliling kita.
Akar mencari dan menyerap air nun jauh di dalam tanah lalu dihantar ke seluruh tubuh dengan bantuan batangnya, manakala daun dengan tugasnya menyerap cahaya matahari untuk menghasilkan makanan. Lalu, suburlah si pohon dengan akar yang kuat, batang yang tegap dan dedaun nan menghijau. 

Sesekali ribut menerpa, akar mencengkam tanah dengan tabah sekali, batang pula tetap kukuh berdiri manakala dedaun menahan ribut yang rakus menguji. 

Bayangkan apa yang terjadi andai daun, batang dan akar tidak sehaluan. Akar tidak lagi mencari air, batang pula keberatan mengangkut air, manakala daun tidak lagi menghasilkan makanan. 
Saat angin datang menyapa, biarpun hanya sapaan manja, pokok mula cemas. Manakan tidak, akar tidak lagi kuat mencengkam, batang pula hanya mampu berdiri lemah, manakala dedaun pula sudah mula gugur ke tanah. Apakah yang bakal terjadi.
Begitulah dengan kehidupan kita dalam kelab mahupun organisasi perpustakaan. Jadilah seperti pohon, hidup damai dengan setiap anggota yang saling bekerjasama. 

Di sini, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis kerana sentiasa memberi sokongan, nasihat dan kerjasama kepada kelab. Sekiranya kelab sahaja yang menjalankan aktiviti, sememangnya kita menghadapi masalah kewangan. Oleh itu, kebanyakannya aktiviti yang kita anjurkan adalah dengan kerjasama perpustakaan. Bak kata pepatah “ kelab dan perpustakaan berpisah tiada”.
Tuan-tuan dan puan-puan. Kita perlu bersatu,
Jika kita bersatu tenaga, tentu kita mendapat lebih kebaikan dan manfaat yang dapat dikongsi bersama. Saya juga faham, dalam kekangan waktu dan tugas hakiki pegawai dan kakitangan, agak membataskan penglibatan kita dalam aktiviti yang dijalankan. Ini juga kadangkala bertembung dengan program peringkat Jabatan sendiri. Walau bagaimanapun, saya mohon ahli-ahli meluangkan sedikit masa untuk menyertai aktiviti yang telah dirancang kerana ia merupakan satu langkah yang amat penting bagi menjamin kesinambungan aktiviti-aktiviti yang dirancang BAKERP. Semua ini dapat memberi peluang untuk kita sama-sama belajar melalui ilmu,pengalaman dan kepakaran masing-masing .

Tuan-tuan dan puan-puan
 Kejayaan BAKERP sebenarnya bergantung kepada tuan-puan untuk menentukannya. BAKERP bukan milik AJK atau ahli tertentu sahaja, tetapi milik semua ahli berdaftar yang membayar yuran, dan tuan-puan mempunyai hak untuk bertanya dan mendapat manfaat daripada aktiviti yang dijalankan. Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada mesyuarat pada pagi ini. Kepada semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menyiapkan segala acara kita hari ini jutaan terima kasih diucapkan. Suka saya maklumkan di sini bahawa barisan AJK sesi 2014/2016 telah menjalankan tugas dengan cemerlang dalam memastikan yang terbaik untuk semua ahli BAKERP.  Diharapkan kepada AJK baru yang akan dipilih bagi tempoh 2016/2018 dalam Mesyuarat Agung sebentar lagi, dapat memastikan kesinambungan kecemerlangan ini diteruskan. Berikanlah yang terbaik untuk semua ahli dan jalankanlah amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan keikhlasan.
Dan kepada semua ahli, berilah sumbangan idea dan tenaga dan kerjasama anda dalam memastikan BAKERP tetap berdiri dan utuh selamanya. “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Sekian, Wabillah hit taufiq wal hidayah. Wassalamualaikum wrt wbt.


‘BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA

En. Mohd Azman Ali
Yang Dipertua BAKERP (Pemangku),
Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
15 Februari,2016

Yang Dipertuan BAKERP, En. Mohd Azman Ali (Tengah)




KATA ALUAN MANTAN PENGARAH 
PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS



Assallamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh  dan Salam Sejahtera.

Tahniah diucapkan kepada Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, Perpustakaan Awam Negeri Perlis (BAKERPs) yang telah mengambil inisiatif untuk menyediakan  blog ini bagi menyalurkan maklumat mengenai aktivitinya kepada semua ahli-ahli. Adalah diharapkan supaya semua ahli akan sentiasa melayari blog ini bagi mengetahui aktiviti dan maklumat  terkini BAKERPs dan juga memudahkan ahli untuk menyalurkan sebarang cadangan dan maklumbalas kepada ahli jawatankuasa untuk penambahbaikan kepada pengurusan BAKERPs dari masa kesemasa.

Akhir kata saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa yang menyenggara blog ini dan berharap agar BAKERPs akan terus aktif dan maju di masa hadapan.

Sekian Terima Kasih

‘BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA

 HAJAH NORMA BT. MOHD. DARUS
S.S.P, A.M.P,A.M.N,P.M.P,P.J.K
Pengarah,
Jabatan Perpustakaan Negara Negeri Perlis
Merangkap : Penasihat
Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi
Perpustakaan Awam Negeri Perlis

3 Disember,2010




KATA ALUAN MANTANYANG DIPERTUA
BADAN KEBAJIKAN SUKAN & REKREASI
PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS

Assalamualaikum W.B.T
Pertama kali saya ingin mengucapan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana BAKERP, Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah bertapak dengan kukuhnya sejak penubuhannya. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan sepanjang tempoh ini. Penyertaan daripada ahli-ahli kelab semasa program adalah amat dihargai.

Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ahli dan ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program tahunan seperti Pesta Buku, Hari Keluarga, Jamuan Hari Raya, Tadarus Al-Quran, sukan dan sebagainya.

Saya percaya program-program ini mencapai matlamatnya dan mengeratkan lagi tali silaturrahim di kalangan kita semua. Sesungguhnya komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh semua pihak amatlah dihargai.


Sekian,
Tuan Haji Muhammad Hj. Harun
Yang Dipertua
Badan Kebajikan Sukan dan Rekreasi
Perpustakaan Awam Negeri Perlis