Seramai 34 ahli Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi, PPANPs serta ahli keluarga mengadakan lawatan Sambil Belajar ke Songkla, Thailand pada 10-11 Mac 2012. Lawatan tersebut bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai selok belok perkhidmatan Perpustakaan Awam dan Perpustakaan Akademik di Thailand. Lawatan ini pada masa yang sama adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara sesama kakitangan PNM Perlis. Peserta rombongan menetap di homestay yang merupakan rumah penduduk Thailand untuk mengerat hubungan silaturrahim dan belajar budaya masyarakat Thailand.
Antara tempat menarik yang dilawati adalah Public Library Songkla, Pantai Samila, Ice Dome (Dalam Taman), Klong Hei (Masjid Terapung dan Haadyai). Semasa lawatan di Public Library Songkla, rombongan berkongsi segala maklumat berkaitan perpustakaan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat Thailand. Selain itu, peserta rombongan turut ditayangkan video korporat perpustakaan serta sesi soal jawab bersama pegawai perpustakaan Thailand.
No comments:
Post a Comment